Friday 19 October 2012

Sarang Maksiat dan Perjudian Di Kedah Berleluasa…


Ada penyokong PAS yang sangat ekstrem kepercayaannya bahawa segala keburukan datangnya daripada UMNO dan Barisan Nasional. Dilabelkannya bahawa UMNO dan Barisan Nasional adalah MUSUH ISLAM,PENGKHIANAT BANGSA DAN MENINDAS ORANG MELAYU.

Barangkali penyokong PAS terbabit buta mata hatinya dan tidak pernah melihat perubahan alam sekelilingnya, sebaliknya hidup berkhayal dengan utopia dan shangri-la yang didendangkan oleh para pemimpinnya.

Nah, mari kita lihat syurga-syurga baru yang ditumbuhkan oleh kepimpinan PAS di Kedah. Mungkin penyokong PAS terbabit akan menganggap ini juga adalah satu fitnah semata-mata!


Ini adalah sebuah pusat pelacuran yang sangat terkenal di Alor Star. Premis yang mempunyai papan tanda berwarna biru itu menyediakan khidmat urut. Selain itu, para pelanggan turut dihidangkan dengan servis seks daripada pelacur-pelacur berbangsa Melayu, Cina dan Thailand. Premis ini terletak di Jalan Putra, berhampiran dengan Putra Medical Centre, Alor Star.


Manakala premis ini pula menyediakan khidmat urut batin dengan berselindung di sebalik papan tanda urut refleksi. Lokasinya di Alor Star juga. Dan sama seperti yang terdapat di pusat-pusat pelacuran lain, wanita-wanita pelacur yang disediakan di premis ini terdiri daripada pelacur-pelacur Melayu, Cina dan Thailand. Kedudukannya yang agak terpencil, membuatkan premis ini selamat daripada gangguan pihak berkuasa. Dan yang menariknya, lokasi ini juga merupakan tempat bersantai kakitangan agensi Kerajaan Negeri!


Bagi yang ingin berjudi dan ketagih untuk berjudi, tidak perlu bersusah payah. Cukup dengan hanya ke Taman Mergong Jaya. Di situ terdapat sebuah premis yang menyediakan perkhidmatan mini kasino yang sangat menarik. Bagaimanapun, kebanyakan pelanggan premis judi di Taman Mergong Jaya ini terdiri daripada golongan remaja tempatan.

Di Jalan Putra juga terdapat sebuah disko yang sangat meriah. Lesen disko berkenaan diluluskan oleh Majlis Bandaraya Alor Star pada zaman PAS sebagai Kerajaan Negeri Kedah. Tiada sebarang gangguan daripada pihak berkuasa tempatan. Sebaliknya disko ini yang turut menyediakan bekalan pelacur dan dadah sintetik seperti syabu kelihatan sangat kebal daripada sebarang tindakan undang-undang.


Kalau tidak berpuas hati dengan disko di Jalan Putra, para penggemar maksiat boleh pula ke Alor Mengkudu yang jaraknya dengan pusat bandar, tidaklah jauh benar. Di Jalan Alor Mengkudu, terdapat sebuah pusat hiburan yang sangat dikenali oleh penduduk setempat. Walaupun Alor Mengkudu merupakan kawasan Melayu-Islam, tetapi kebaikan hati dan keprihatinan pihak tertentu yang tidak mahu masyarakat Melayu-Islam terperengak-perengak dan bahlol apabila ada orang yang baru balik dari Pulau Pinang menceritakan kehebatan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang menyediakan premis-premis hiburan di negeri yang pernah berada di bawah jajahan Kedah itu dahulu, amat mengkagumkan.

Itu hanyalah sebahagian daripada HIDANGAN yang disajikan oleh KERAJAAN PAS KEDAH kepada rakyat Kedah. Barangkali dengan kewujudan pusat-pusat hiburan dan pelacuran itu, menjadikan Kedah tidaklah jauh sangat tarafnya berbanding negeri-negeri lain.

Namun sesuatu yang sangat menarik ialah, mana-mana negeri di bawah Pakatan Rakyat, masalah yang sama jugalah diperkatakan. Kalau sebelum menjadi Kerajaan Negeri, merekalah yang paling bersih dan suci tetapi apabila menjadi Kerajaan Negeri, maksiat dan kejahatan pula yang menjadi pilihan!!!

1 comment:

  1. Elehh... ckp la dengki,yg dok mengata UMNO tu org muda. klau dh tua² x kn nk mengumpat org.
    negeri kedah ni dh kecik ditmbh ahli PAS ckit,mcm mna nk slalu turun pdg...
    negeri lain pn nk kena jga...
    benda ni ats diri kita,klau dh branak tu,didik,asuh jaga bgi jdi elok sifat dia...
    klau mk bpk prihatin ank² depa,x jdi mcm aihh... mcm peribahasa melentur buluh biar dari rebung nya.
    ni dh kira mengumpat tau dak?
    mengumpat@ ghibah sesama islam hukum nya haram!!
    UMNO ni bgi aku ok. cuma 1 aku x berkenan iaitu depa bgi jawatan tinggi kt bgsa bkn peribumi mcm cina dan india.
    belah sabah sarawak aku x kesah sbb depa org peribumi,org Asli pn x pa.
    tau dak antara tanda² kiamat,org kafir memerintah!!

    ReplyDelete