Kenyataan
Media Ustaz Idris Ahmad : Perkauman-Hishamuddin Pencuri Menjerit Pencuri
Kenyataan
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyifatkan
tindakan pembangkang yang menggembar-gemburkan isu agama dan perkauman sejak
akhir-akhir ini seperti pencuri menjerit pencuri. Hakikat yang berlaku Umno dan
rakan sejawat mereka yang sering memainkan isu ini.
Buktinya
kenyataan Ketua Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail yang membangkitkan
kenyataan bahawa India dan Cina adalah kaum pendatang. Bekas Pegawai Khas
Perdana Menteri Datuk
Nasir Safar dalam seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan
Antarabangsa Melaka telah menimbulkan isu perkauman iaitu orang Cina dan India
sekarang kekal sebagai pendatang di bumi Malaysia.
Hishamudin
jangan pura-pura tidak tahu. Sekarang guru-guru dipanggil dengan diberi taklimat
keselamatan, isinya penuh dengan menanamkan perasaan kebencian kepada Pakatan
Rakyat, kononnya jikalau BN kalah negara tidak tenteram.
Bukankah
pemimpin Umno dan MCA yang bersikap lidah bercabang yang memainkan isu
perkauman dan agama. Pemimpin Umno berjumpa dengan orang Melayu mengatakan
bahawa Pas sudah tidak pejuangkan Islam sejak berkawan dengan Dap. Apabila
berjumpa dengan orang bukan Islam, mereka memberi amaran jangan pangkah Pakatan
Rakyat nanti Pas akan berkuasa. Begitulah dengan Mca apabila berjumpa dengan
pengundi Cina Presidennya memberi amaran jangan undi Pakatan Rakyat nanti Pas
yang dominan.
Siapa
yang beri keranda kepada Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng sempena ulang
tahun pemerintahan tiga tahun Pakatan Rakyat di Pulau Pinang?.
Media Umno
membuat fitnah kononnya agama rasmi akan ditukar kepada Agama Kristian jika
Pakatan Rakyat menang. Tidak logik langsung laporan ini. Sedangkan ini perlu
2/3 untuk pinda Perlembagaan, iaitu 148 kerusi daripada 222 kerusi
Parlimen. Kerusi majoriti bukan Islam di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak
hanya 69 kerusi. Lebih-lebih lagi persepakatan bertulis telah bersetuju bahawa
Islam Agama Persekutuan di Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama pada 19 Disember
2019 di Shah Alam
Datuk
Zaini Hasan orang kuat Utusan Malaysia di dalam ruangan cuitnya telah
menggagaskan “1 Melayu 1 Bumi”. Apakah maknanya Datuk Hishamuddin?. Adakah
kenyataan ini dikeluarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat?. Adakah beliau selaku
Naib Presiden Umno buta mata atas kenyataan ini
Akhbar
Utusan Malaysia yang dimiliki oleh Umno telah membangkitkan sentimen agama dan
perkauman. Walaupun beberapa kali kalah di mahkamah mengenai fitnah yang
dibangkitkan namun tidak memberi keinsafan untuk menghentikan budaya fitnah
ini, asalkan matlamat politik mereka tercapai.
No comments:
Post a Comment