Saturday 13 October 2012

Peniaga Pasar Malam Di Penjara Kerana Merogol 



JOHOR BAHRU 12 OKT– Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas seroang peniaga pasar malam selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan merogol seorang pelajar berusia 13 tahun, Ogos lepas.
 
Hakim Zamri Bakar menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan terhadap Roslan Zakaria, 30, yang didakwa melakukan kesalahan itu dalam dua kejadian berasingan di tempat yang sama.


Bagi tuduhan pertama, Roslan yang berasal dari Padang Serai, Kedah, didakwa melakukan kesalahan itu di rumah bernombor 200, Jalan Saujana, Plentong dekat sini pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari, 10 Ogos lepas.

Bagi tuduhan kedua, ia didakwa melakukan kesalahan yang sama pada waktu dan tempat yang sama pada 13 Ogos lepas.



Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Zamri walau bagaimanapun memerintahkan hukuman penjara tersebut dijalankan serentak mulai tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 9 September lepas.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Dzul Iswari Mohd. Jaafar manakala Roslan tidak diwakili peguam. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment