Wednesday, 10 October 2012



Saman AES Kerajaan Pusat Diminta Dedah Peruntukan Perjanjian


KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menuntut Kerajaan Pusat mendedahkan peruntukan dalam perjanjian untuk sistem saman trafik automatik (AES) bagi memastikan ia tidak berat sebelah dan memihak kepada yang terlibat.

Sistem AES


Katanya, perkara itu dituntut ekoran kenyataan Kementerian Pengangkutan bahawa AES dimiliki kementerian dan bukannya oleh entiti persendirian.

Beliau berkata, perkara itu berbeza dengan pendedahan sebelum ini yang pernah melibatkan dua syarikat terlibat dalam kontrak melaksanakan sistem itu.

"Sedangkan kenyataan kementerian tidak menyebut mengenai Beta Tegap Sdn Bhd atau ATES Sdn Bhd yang dikatakan membina dan melaksana sistem tersebut.

"Apa peranan mereka dan jika mereka memang berperanan, apa terma perjanjian itu," katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Mahfuz turut meminta kerajaan menjelaskan sekiranya Kerajaan Pusat perlu menampung baki kutipan sekiranya tidak mencapai sasaran RM6 juta setahun.

Beliau juga mempersoalkan tindakan pemasangan kamera statik dan bergerak (mobile) di kawasan 60 hingga 70 kilometer (KM) yang terdapat dalam 14 lokasi AES itu.



Sebelum ini, lidah rasmi PKR, Keadilandaily.com  mendedahkan kutipan saman jalan raya akan dikongsi antara kerajaan dengan dua syarikat pengendali AES, Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd, yang mana kedua-dua syarikat itu mensasarkan 10 juta saman dikeluarkan dalam tempoh setahun.

No comments:

Post a Comment