Saturday 20 October 2012

Gadis IPT Kantoi Khalwat Dengan Suami Orang

 


ALOR SETAR: Akibat mengikut teman lelakinya menyewa bilik di sebuah motel di Jalan Sultan Badlishah, di sini, seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini berusia 22 tahun dicekup berkhalwat, semalam.

Pelajar dari Sungai Petani itu dan pasangannya yang sudah beristeri dan mempunyai seorang anak, ditahan jam 9 pagi ketika mereka tidur.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Syeikh Muhammad Suhaimi Salleh berkata, sepasukan lima anggota diketuai Jailani Abdul Talib ke motel berkenaan sejurus menerima maklumat.

Beliau berkata, sebaik membuat pemeriksaan di bilik pertama di tingkat atas motel berkenaan, seorang lelaki yang hanya bertuala membuka pintu selepas terkejut apabila pintu bilik diketuk berulang kali.

“Lelaki berusia 26 tahun itu membenarkan anggota penguat kuasa masuk ke dalam bilik untuk membuat pemeriksaan dan ada seorang wanita menutup badannya dengan selimut di atas katil.-Hmetro


Sumber: http://www.duniarealiti.com/2012/02/gadis-ipt-kantoi-khalwat-dengan-suami.html#ixzz29muQ9G00

No comments:

Post a Comment