Penyelewengan UNISEL ...
Penyalahgunaan kuasa Pemangku Pendaftar (Mohamad bin
Sulaiman) sewaktu menjadi ahli JK Induk istiadat Konvokesyen UNISEL sejak
beberapa lama. Beliau menggunakan kuasa dan pengaruh beliau untuk mendapat
untung hasil jualan folder graduan melalui pembelian terus dari syarikiat kroni
dan seterusnya beliau menjual kembali kepada UNISEL. Beliau turut menggunakan
pengaruh untuk menganugerah kontrak membuat blazer kepada syarikat mlik rakan
beliau. Maklumat ini ada pada mantan Pengurus Besar Sumber Manusia dan Ketua
Pustakawan UNISEL.
Penyelewengan kuasa dan subahat Pemangku Pendaftar, Pengurus Sumber Manusia (Dr. Abd Hakim Ghani) dan Penolong Pendaftar Sumber Manusia (Safura Mohd Aris) menggunakan kertas kerja yang disiapkan sendiri untuk menaikkan gaji tanpa melalui prosedur sepatututnya. Aduan demi aduan yang disalurkan secara rasmi oleh staf-staf yang lain dipandang sepi oleh pengurusan. Dalam masa yang sama, hak-hak pegawai dan staf lain tidak diendahkan oleh Pengurusan Tertinggi yang langsung tidak mengenai hal sepenting ini. Ini sangat menimbulkan kemarahan keseluruhan staf yang lain.

Kegagalan ketiga-tiga pengurusan tertinggi UNISEL untuk mengambil maklum isu-isu yang penting akibat konflik sesama sendiri. Terdapat satu perancangan halus oleh TNC HEP untuk menumbangkan dua lagi TNC. Ini menyebabkan UNISEL gagal bergerak ke hadapan hingga membawa kepada masalah kepada kerajaan negeri serta turut gagal menjadi contoh IPT milik Selangor. Malang sekali mereka semua ini dikaitkan sebagai pendokong kuat PR serta punya jawatan di dalam komponen PR.
Mohon dibuat siasatan hingga ke peringkat SELCAT. Ini bukan
fitnah mahupun tuduhan melulu. Ia perlu disiasat dengan telus dan tanpa pilih
kasih.Jika tidak benar dakwaan-dakwaan ini, amat bagus sekali. namun, jangan
asyik mendengar cakap orang-orang besar dan berkepentingan sahaja. Akarumbi
yang menjadi penentu jatuh bangun sesebuah organisasi. Jadi, perlu satu
tindakan konklusif kerana dilihat seolah-oleah kerajaan negeri tidak melihat
UNISEL ini satu wadah untuk dijadikan contoh tatakelola dan tadbirurus menurut
model PR. UNISEl yang gagal pasti menjadi satu conyoh kegagalan PR.
Ini adalah info terakhir yang disalurkan secara khusus
kepada pimpinan kerana tidak pasti sama ada isu-isu dan masalah UNISEL dilihat
penting oleh Kerajaan dan Pimpinan PR Selangor terutamanya. Banyak lagi isu-isu
yang belum didedahkan sebenarnya. Info-info selanjutnya akan disalurkan
menerusi media-media utama dan blog sahaja selepas ini kerana kami juga sangsi
apakah akan ada respon dari pihak yang punya kuasa dan orang
"patut-patut" untuk menyelesaikan kemelut UNISEL yang amat serius.
syabas atas posting.... jgn ada pilih kasih ...jgn pandai menyalahkan BN.... salah sendiri jgn pulak selindung...
ReplyDeleteishhh... ca ni pun ada ... apa lagi... SELCAT lah ...
ReplyDeleteTNC HEP UNISEL tu ahli majlis mesyuarat PAS Selangor ....juga ahli Biro Pendidikan PAS Pusat.... baru ni bawak masuk boss dia Datuk Abu Bakar Cheek ngajo UNISEL ....
ReplyDeletelayari reformunisel.blogspot.com ...
ReplyDeletenaik gaji sendiri pun boleh ka di Unisel
ReplyDeleteDasar makan duit Haram Jadah