Wednesday 10 October 2012

KRISIS AIR DI SELANGOR DALAM KEADAAN KRITIKAL



SHAH ALAM - Masalah yang bakal didepani rakyat Selangor bukan krisis kekurangan air, tetapi kadar air meningkat disebabkan keengganan kerajaan pusat Barisan Nasional menyerahkan pengurusan industri air Selangor kepada kerajaan negeri, sebaliknya meneruskan agenda penswastaan air.

peter chin
Menurut beliau, pandangan Peter Chin (gambar kanan) tersebut jelas sekadar bertujuan untuk mengalihkan tumpuan terhadap isu pengambilalihan pengurusan industri air di Selangor, bukannya melihat pokok pangkal masalah sebenar yang berpunca daripada kerajaan pusat. 

“Sekiranya kerajaan pusat Barisan Nasional terus menghalang penstrukturan semula industri air di Selangor, kami yakin kadar air akan meningkat disebabkan pembinaan projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor yang berharga RM8 bilion, sedangkan kerajaan negeri dapat melaksanakan projek tersebut pada kos RM2 bilion,” jelas beliau. 

Selain itu, katanya, pengurusan SYABAS yang tidak telus dan kegagalan Puncak Niaga menaiktaraf loji rawatan air yang sudah uzur dan tidak mampu untuk merawat air turut menjadi punca kadar air meningkat, selain pembaziran air yang berterusan akibat air tanpa hasil (NRW) yang tinggi dan penswastaan industri air yang hanya menguntungkan kroni-kroni pimpinan politik. 


“Antara usaha kerajaan negeri untuk menghalang SYABAS yang bertindak sebagai alat kerajaan pusat bagi merampas hak rakyat Selangor ialah mencadangkan pengambilalihan industri air di Selangor, serta memberikan air percuma bagi setiap penggunaan 20 meter padu,” tambahnya lagi. 

Beliau percaya rakyat lebih berkeyakinan di bawah kepimpinan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, dan kerajaan negeri mampu mengurus pentadbiran industri air dengan jauh lebih telus dan bekesan. 


“Kami menyeru agar kerajaan pusat mengakui air sebagai hak asasi manusia dan tidak diperalatkan untuk keuntungan kroni atau kepentingan politik. Kami juga merayu kepada seluruh rakyat Selangor agar bertegas memberi sokongan penuh kepada kerajaan negeri dalam usaha mengambilalih industri air di Selangor dan membantah penswastaan air di Selangor,” tegas beliau. 


No comments:

Post a Comment