KUALA TERENGGANU – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempelawa PAS untuk menyertai Barisan Nasional (BN) dalam usaha memperjuangan agenda bangsa, agama dan negara. Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.
“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?
“Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, dekat sini. Seterusnya umno-online.com
Komen
Apa yang di sarankan oleh Datuk Sri Najib (Dsn) mengajak pas menyertai bn adalah bertepatan pada masanya dan dipersetujui oleh majoriti masyarakat islam di malaysia.
Penulis juga bersetuju dengan saranan Dsn itu yang merupakan satu pandangan yang ikhlas demi islam dan bukan hanya untuk politik semata-mata.
Kekadang kita perlu bebas dari sebarang pengaruh politik semasa berfikir tentang isu perpaduan ummah ini dan jadikan islam itu lebih utama dari kepentingan parti politik masing-masing dan bukannya asyik berpolitik 24 jam sehari.
Bagi sesetenjah ahli dan pengikut pas, mereka terlalu taksub pada parti seolah-olah pas adalah segalanya dalam hidup mereka dan mendabik dada mengatakan parti mereka saja yang lebih islam dari orang lain, sedangkan dalam islam tidak diajar untuk kita berbangga dengan amalan diri sendiri sebab boleh menjadi riak.
Mereka juga tidak sedar bahawa parti hanyalah satu pertubuhan semata-mata dan sesiapa pun boleh menubuhkan sesebuah parti atas nama apa sekalipun dengan ideologi masing-masing.
Sedarlah bahawa ideologi sesebuah parti politik boleh diubah dan dipinda bila-bila masa mengikut siapa yang memimpin parti tersebut dan dipersetujui ramai tetapi islam tidak boleh diubah dan dipinda walau siapapun menjadi pemimpin kerana agama islam itu sendiri telah lengkap.
Kalau betullah pas ikhlas memperjuangkan islam kenapa pula menolak pelawaan itu sedangkan islam mengajak umatnya bersatupadu dan jangan berpecahbelah?
No comments:
Post a Comment