Wednesday 21 March 2012

Perhimpunan Menentang Kezaliman Perang 2009 Terhadap Kerajaan & Tentera Sri Lanka

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2012 satu perhimpunan secara aman yang berlangsung dari jam 1030 hingga 1100 pagi yang telah di laksanakan oleh Malaysian Tamils Progressive Team (MATSAP NGO) iaitu Pertubuhan Kemajuan Masyarakat Tamil Malaysia adalah bertujuan untuk mendesak kerajaan Malaysia bagi menyokong dan mengundi resolusi yang akan di ambil oleh Kelab Hak Asasi Manusia di Geniva.


 
Mengikut laporan perang jenayah yang telah di keluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semasa perang  Sri Langka 2009, kerajaan dan tentera Sri Lanka telah berlaku zalim dan kejam terhadap kaum Tamil Sri Lanka telah membunuh lebih 100,000 masyarakat tamil yang tidak bersalah terutama kanak-kanak dan wanita-wanita tamil yang di dera dan di bunuh secara sexsual.


 
Tentera juga melanggar undang-undang perang di mana mereka telah menyerang kawasan yang tidak sepatutnya dan di larang menggunakan senjata (No Fire Zon) iaitu hospital awam, tempat beribadat, kawasan perumahan dan sebagainya.




Tamil Progressive Team mewakili masyarakat tamil Malaysia ingin mendesak kerajaan untuk menyokong dan mengundi resolusi bertentang sri lanka pada 23 Mac 2012 di Geniva.

No comments:

Post a Comment