Thursday 8 March 2012

Tuduhan ditangkap Khalwat penjelasan oleh Ust Dr Badrulamin Baharom


Tuduhan ditangkap Khalwat
Penjelasan oleh Ust Dr  Badrulamin Baharom



Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Swiss Garden Resort & SPA, Pantai Balok, Kuantan.
Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 24 Febuari 2012 hingga 26 Febuari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Febuari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada yang cemas dan mengatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbang keselamatannya. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.
Walau bagaimanapun pada  jam 2.00 pagi 25 Febuari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat PKR.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini,  saya dan isteri pernah menziarah keluarga ini di Rompin, Pahang.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi, suami wanita tersebut bersama 20 orang yang tidak dikenali  menyerbu masuk dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa lari wanita dan anaknya pergi secara terpaksa.

Lelaki yang bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng berkenaan, pegawai dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya berseorang diri di dalam bilik.
Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh Pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar.

Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan memalukan saya. Saya hanya dipanggil untuk siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk member kerjasama penuh kepada siasatan ini.
Dengan penjelasan saya ini, saya berharap kepada semua pihak menghentikan tomahan dan fitnah terhadap saya. 

No comments:

Post a Comment