Tuesday, 26 June 2012


SIAPA FAEKAH HUSIN NI


Hebat sungguh manusia yang bernama Faekah ini, ramai sungguh orang marah kat dia, tapi yang seronoknya yang marahkan dia bukan orang BN tapi orang PKR. Macam-macam tuduhan dilemparkan kepada Faekah, sehinggakan dia dituduh lebih berkuasa daripada MB Selangor. Sebab itu lah sekarang ni ada kumpulan menerusi twitter yang menganjurkan supaya Faekah Husin dipecat kerana terlalu melampau dan bersikap lebih sudu dari kuah.

Cerita tentang TS Khalid Ibrahim dengan Faekah ini dan jadi cerita Melayu lak pulak. Faekah dituduh menggerakkan jentera pentadbiran Selangor untuk memastikan TS akan kekal menjadi MB dan kekal sebagai calon untuk PRU akan datang. Semua ini dilakukan kerana taatnya dia kepada TS, atau dia terpaksa buat begitu untuk memastikan Kak Wan dapat menjaga Azmin. Semua orang di Selangor tahu Azmin dan DSAI merancang untuk menjatuhkan TS Khalid sebagai MB, tetapi dia bernasib baik kerana ada Kak Wan dibelakangnya yang dibantu oleh kehebatan Faekah. Kak Wan kan tak suka Azmin kerana isu DSAI dan isteri Azmin. 

OH PENING LA CERITA NI, BANYAK PLOT, BANYAK WATAK…DAN BANYAK TRAGIS.

Ini tak termasuk lagi cerita tentang bagaimana Rafizi meletak jawatan yang dikatakan didalangi oleh Faekah. Sedangkan sepatutnya Rafizi kekal di situ untuk memantau aktiviti TS Khalid untuk menyampaikan maklumat tersebut kepada DSAI.  

Ye la macamana Rafizi tak letak jawatan, dia dikatakan hebat di dalam PKR, Pengarah Strategik PKR tetapi dia diabaikan berbanding dengan Faekah di Selangor. Orang kecewa akan cakap apa sahaja, dia sepatutnya bertahan sebab dia calon paling kredible PKR tapi kalu dah merajuk ni bole lupakan la status krediblenya. 

Hebatnya Faekah bukan setakat Kak Wan, TS Khalid akur padanya tetapi juga Berjaya menyebabkan Rafizi kecil hati. Ada lagi kehebatan Faekah iaitu memberi sokongan untuk anak saudaranya menjadi panel peguam kepada PNSB (kronisme dan penyalahgunaan kuasa la tu sebab arahan menerima syarikat anak saudaranya datang dari pejabat MB). Tapi MB tak tau ke atau tak marah ke kerana salah guna kuasa ni….. 

SEBAB ITULAH KENAPA RAMAI YANG MINTA SUPAYA DIA DILUCUTKAN…

Isu kehebatan Faekah ini menarik minat PAS Selangor, sehinggkan mereka menggesa supaya selesaikan segera masalah dalaman PKR untuk tidak menjejaskan PR. 

Di pendekkan cerita…..(akan bersambung)

1 comment: