Monday 5 March 2012

Apa Yang Kit Siang Gusarkan Sangat Dengan UMNO?




Kit Siang dan barisan kepimpinan DAP seringkali menyatakan UMNO sudah hampir hendak disemadikan di liang lahad. Para pecacai mereka yang terdiri dari kalangan makhluk-makhluk PKR dan PAS turut mengangguk sakan, malah merekalah yang berlebih-lebih mempromosikan doktrin Kit Siang itu.

Di sana sini Kit Siang dan bala tenteranya menabur cerita tentang hayat UMNO yang sudah sampai ke penghujung. Para penulis upahan yang apabila susah, ke bangunan Ibu Pejabat UMNO juga menyua  muka, menadah tangan kepada pemimpin UMNO, turut menjadi jalang Kit Siang dan DAP.

Namun kalau diperhatikan dewasa ini, banyak ulah yang dibuat oleh para pemimpin Pakatan untuk menghadapi UMNO. Berapa banyak lakonan pentas yang terpaksa dibuat semata-mata untuk memburuk-burukkan UMNO. Di Pulau Pinang, Lim Guan Eng, anak lelaki Lim Kit Siang cuba memprovokasi orang Melayu yang turut datang dalam perhimpunan hijau anti-Lynas dengan menggambarkan keburukan UMNO kepada setiap Melayu yang hadir. Dengan sombong dan bongkaknya, Guan Eng memberitahu Melayu-Melayu yang ada di sekelilingnya, yang dia tidak takut dengan UMNO.


Keluarga Pelakon Terkenal
Di merata-rata tempat, Anwar Ibrahim dan anak perempuannya, Nurul Izzah cuba menggambarkan ahli-ahli UMNO sebagai kaum samseng yang sangat terdesak sehingga perlu menggunakan kekasaran untuk mendapatkan sokongan dan perhatian. Anwar Ibrahim dan anak perempuannya itu terpaksa berlakon untuk menampakkan kebenaran dakwaan mereka.

Secara tidak langsung, sebenarnya yang kelihatan sangat terdesak ialah kaum Pakatan yang dibintangi oleh Kit Siang dan DAP. Anwar Ibrahim dan anaknya, Nurul Izzah pula terpaksa mendapatkan simpati daripada orang ramai untuk terus hidup sebagai ahli politik.
Apa yang ditakuti sangat oleh Kit Siang dan barisan pecacainya kalau benar UMNO sudah tenat dan nazak sebagaimana yang mereka dakwa?

Apa yang membuatkan Kit Siang dan barisan pecacainya terpaksa memberitahu orang ramai bahawa UMNO sudah nazak dan sedang sampai ke penghujung pada setiap masa?
Atau sebenarnya Kit Siang dan barisan pecacainya sudah dapat menghidu masalah yang bakal mereka hadapi pada PRU13 akan datang kerana ulah dan onar yang mereka sendiri lakukan?
Barisan kepimpinan Pakatan Rakyat seringkali beranggapan rakyat Malaysia adalah bodoh dan akan menerima apa-apa sahaja yang mereka khabarkan. Disebabkan itulah pada sepanjang masa, setiap kali pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berhadapan dengan masalah yang mereka sendiri cipta, mereka akan cepat-cepat menyalahkan UMNO. UMNO akan dituduh menjadi dalang yang cuba menganiaya Pakatan Rakyat.

Sedangkan pada masa yang sama, rakyat Malaysia terutama sekali golongan yang tidak berparti sedang melihat perkembangan politik negara yang jelas tidak memihak kepada Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat dianggap sebagai barisan pembangkang bangang yang akan membangkang apa-apa sahaja, malah dengan sebarang cara.

Pakatan Rakyat membangkang National Feedlot Center sehinggakan terpaksa merekayasa cerita-cerita yang mereka sendiri khayalkan. Malah kesanggupan mereka untuk menipu dalam membenarkan cerita rekaan mereka, dilihat sangat menjijikkan. Lain yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara, lain pula yang mereka ceritakan kepada rakyat Malaysia.




Begitu juga dengan Lynas. Projek yang diketahui sebagai projek bukan nuklear, digambarkan sebaliknya. Pakatan Rakyat cuba menggambarkan kilang Lynas di Gebeng Kuantan seperti sebuah loji nuklear yang akan bocor dan menyebarkan radiasi pada sebarang masa. Sedangkan hakikatnya, kilang Lynas di Gebeng jauh lebih selamat berbanding kilang amang kroni DAP di Perak. Bahkan kewujudan kilang Lynas di Gebeng akan menaikkan serta merancakkan ekonomi setempat.

Pembangkang di Malaysia iaitu Pakatan Rakyat dilihat amat keterlaluan dalam banyak perkara. Apabila kepincangan mereka sendiri didedahkan, mereka tidak akan mengaku sebaliknya menyatakan semua itu hanyalah konspirasi UMNO semata-mata. Tetapi untuk UMNO-BN, mereka sanggup mencipta pelbagai cerita yang tidak masuk akal semata-mata untuk membenarkan tuduhan yang dibuat.

Justeru, agak menghairankan apabila Kit Siang terus memperkatakan tentang UMNO yang sudah sampai ke penghujung hayat, padahal rakyat Malaysia dapat melihat bagaimana DAP terpaksa bergelut untuk kembali mendapatkan sokongan majoriti kaum Melayu setelah DAP menganggap Melayu sebagai kelas kedua yang tolol dan bodoh!
UMNO semakin ke penghujung hayat?

Yang sebenarnya, Pakatan Rakyat yang bakal berkubur selesai sahaja PRU13, terutama dengan perkembangan terkini!!!

No comments:

Post a Comment