Saturday 2 May 2015

'PKR Parti ANAK-BERANAK'


PKR sekali lagi memperlihatkan parti itu cenderung kepada parti anak-beranak apabila tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim digantikan dengan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang, 23 Mac ini.

Ketua Umno Bahagian Besut, Nawi Mohamad berkata, jika dahulu Anwar menggantikan tempat Wan Azizah di Parlimen Permatang Pauh, kali ini Wan Azizah pula menggantikan tempat Anwar berikutan ketua pembangkang itu hilang kelayakan bertanding selepas dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh mahkamah rayuan.

Katanya, keadaan itu turut menunjukkan Anwar mempunyai agenda peribadi berbanding perjuangan kepada rakyat sehinggakan tidak memberi peluang kepada pemimpin lain dalam PKR untuk bertanding di kerusi tersebut.

“Itu adalah hak PKR, tetapi macam tiada calon lain sehinggakan beri kepada isteri sendiri. Mungkin juga dia ada agenda lain kerana sebelum ini dikhabarkan beliau mahu jadi Menteri Besar Selangor.

sumber:sinar

Boikot Barangan Cina Dap ORI


Melayu Pulau Pinang perlu tahu realiti DAP. Sapa terer baca sampai habis

1.DAP naikkan sewa gerai.

Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah menaikkan sewa gerai makanan dibawah kendalian MPSP. Kenaikan antara 20%-100% ini berkuatkuasa September lalu. Dianggarkan lebih kurang 5,500 peniaga yang menerima kesan akibat daripada kenaikan sewa ini yang melibatkan kenaikan antara RM30-RM120. Berdasarkan rekod MPSP, hasil kutipan sewa gerai oleh MPSP pada tahun 2013 adalah sebanyak RM3.5 juta tetapi perbelanjaan untuk pengubahsuaian dan penyelenggaraan telah mencecah RM4.4 juta.
Untuk rekod, sewa gerai dibawah kendalian MPSP tidak pernah dinaikkan sejak 1992 dan maka alasan ini telah digunakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menaikkan sewa sekaligus meletakkan beban tanggungan sepenuhnya kepada para peniaga gerai ini. Ini juga bermakna bahawa kerajaan Barisan Nasional dibawah Gerakan hakikatnya lebih kompeten dalam mengurus dan menyelengara gerai-gerai ini selama 16 tahun tanpa apa-apa beban kenaikan sewa sebaliknya dalam masa hanya 6 tahun, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dibawah pemerintahan regim DAP menaikkan sewa gerai sehingga 100%.
Awal tahun 2014, apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mencadangkan untuk menaikkan cukai pintu di kawasan Kuala Lumpur, seluruh kepimpinan PR telah membantah dan protes atas dasar bahawa kenaikan ini akan membebankan penduduk malah melancarkan petisyen membantah kenaikan cukai pintu ini. Soalnya, mana pergi pejuang-pejuang rakyat ini apabila kerajaan DAP menindas para peniaga gerai di kawasan Seberang Perai yang bukan sahaja membebankan tetapi juga langsung tidak mempedulikan nasib golongan peniaga ini?

2. Ekonomi Negeri Penang dalam bahaya.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menghabiskan RM832.42 juta untuk perbelanjaan pada tahun lepas berbanding RM540.08 juta bagi tempoh yang sama pada tahun 2012. Hakikatnya, perbelanjaan tahunan kerajaan negeri Pulau Pinang ini bukan sahaja bertambah sebanyak 54% dalam masa setahun tetapi pertambahan ini adalah tiga kali ganda sejak dari tahun 2008.
Pertambahan perbelanjaan kerajaan negeri Pulau Pinang ini adalah tidak seimbang secara ekonomiknya. Realitinya, pendapatan hasil cukai kerajaan negeri di bawah Lim Guan Eng ini hanya bertambah sedikit sejak tahun 2008 iaitu sebanyak RM110 juta dan kerajaan negeri sendiri mengakui bahawa hanya mengharapkan hasil pendapatan cukai sebanyak RM130 juta sahaja untuk tahun 2015 dengan hasilnya dijangka diperolehi melalui bayaran premium tanah untuk pembangunan sebanyak RM69.18 juta di Bayan Mutiara dan Batu Kawan.

3. Tanah Penang dijual oleh DAP untuk bendung defisit perbelanjaan kerajaan Negeri.

Tahun 2013 menyaksikan pertukaran hak milik tanah melibatkan Beijing Urban Construction Group Co. Ltd (BUCG) untuk melaksanakan projek pembinaan terowong dasar laut sepanjang 20.8 km dengan anggaran kos sebanyak RM 129 juta/km dengan kos keseluruhannya yang menelan sebanyak RM6.3 bilion serta hak konsesi kutipan tol selama 30 tahun turut diberikan kepada pemaju. Dalam keadaan kerajaan negeri menghadapi perbelanjaan defisit saban tahun, apakah wajar untuk melaksanakan satu projek mega sedangkan pada masa yang sama isu-isu rakyat diketepikan?
Tahun ini sahaja tiga tanah milik kerajaan di Batu Kawan telah dijual kepada Aspen Vision (49% dimiliki oleh Ivory Properties) dengan harga sebanyak RM484 juta (dipetik daripada kenyataan Lim Guan Eng bertarikh 12 Januari 2014), Paramount Group sebanyak RM67 juta (Laporan The Star bertarikh 26 Mac 2014) dan penjualan paling kontrovesi adalah melibatkan Eco World Sdn Bhd dengan harga sebanyak RM1.02 bilion (Laporan The Star bertarikh 15 September 2014). Rafizi Ramli telah mengkaitkan syarikat ini dengan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sehinggakan beliau dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan hingga kini tuduhan berkenaan gagal dibuktikan oleh PKR.
Soalnya, apakah yang akan terjadi kepada negeri Pulau Pinang andaikata kesemua tanah-tanah milik kerajaan negeri dijual kepada kapitalis tanpa mengambil kira kepentingan rakyat Pulau Pinang.
Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu sendiri bertajuk ‘BN Sold More Land than Pakatan Rakyat’ bertarikh 28 Jun 2014, beliau mengakui bahawa kerajaan PR telah menjual sebanyak 106.1 hektar tanah dengan hasil sebanyak RM1.1102 bilion. Namun jika dilihat kepada rizab negeri Pulau Pinang, hanya pertumbuhan yang sedikit dicatatkan iaitu sebanyak 3.85% iaitu daripada RM1.025 bilion kepada RM1.192 bilion. Margin kenaikan rizab negeri dengan keuntungan penjualan tanah adalah tidak boleh diterima akal pemikiran waras. Kemana perginya duit hasil penjualan tanah ini?

4.DAP tidak akan bina rumah mampu milik

Kegagalan kerajaan negeri Pulau Pinang membina rumah kos rendah sepanjang pentadbiran DAP ini adalah satu kegagalan yang harus diakui dan bukannya beban tersebut dilemparkan kepada kerajaan persekutuan. Ini jelas kelihatan apabila soalan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid yang telah meminta kerajaan negeri untuk memperincikan jumlah rumah kos rendah yang dibina sepanjang pakatan rakyat mentadbir negeri ini.
Dan soalan ini disambut oleh Exco kerajaan negeri Jagdeep Singh Deo bahawa kerajaan persekutuan sama sekali gagal membekalkan rumah kos rendah dan rumah mampu milik kepada rakyat serta mendakwa negeri di bawah pimpinan DAP itu sering dianaktirikan adalah satu sandiwara semata-mata untuk menutup lubang kegagalan kerajaan negeri.
Malah Lim Guan Eng juga telah memberikan amaran kepada kerajaan Persekutuan dengan tidak membenarkan untuk membina rumah mampu milik untuk orang Melayu di tanah seluas 94 hektar di Pulau Pinang. Soalnya, kenapa kerajaan negeri Pulau Pinang bersikap diktator terhadap niat murni kerajaan persekutuan dalam usaha membantu rakyat memiliki rumah mampu ini. Daripada menjual tanah kerajaan semberono, adalah adil kiranya tanah-tanah tersebut diperuntukkan untuk pembinaan rumah kos rendah dan mampu milik kepada rakyat Melayu Pulau Pinang.
sumber : Ketua Pengakap