Sunday 11 March 2012

Cadangan Soalan DUN


PERTANYAAN- PERTANYAAN MULUT
AHLI DEWAN NEGERI BUKIT ANTARABANGSA
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA
DEWAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KEDUA BELAS


1.            Apakah cadangan kerajaan bagi kawasan focus seperti ‘Selangor Automotive Belt’ supaya dapat membantu pertumbuhan ekonomi negeri bagi tahun 2012 ?

2.            Berapakah jumlah peningkatan peluang pekerjaan yang telah dicipta setelah SIC Berhad mensasarkan jumlah pelaburan perindustrian sebanyak RM8 billion setahun oleh SSIC Berhad ?

3.            Apakah status penyediaan perkhidmatan (WIFI) di Negeri Selangor dan adakah perkhidmatan ini akan turut meliputi kawasan luar bandar ?

4.            Apakah cadangan kerajaan melalui Industrial Park Management Committee (IPMC) untuk menambah baik iklim pelaburan di Negeri Selangor bagi tahun 2012 ?

5.            Apakah kerajaan bercadang mendirikan lebih banyak Rumah Mampu Milik dan apakah terdapat mekanisme yang boleh mengurangkan lagi kos pembinaan supaya dapat dijual dengan harga yang lebih murah ?

6.            Adakah kerajaan bercadang untuk mempromosikan Sistem Penuaian Air Hujan atau Rain Water Harvesting (SPAH) seperti yang dirintiskan oleh MBPJ sebagai salah satu kaedah penyediaan air alternative ?

7.            Apakah usaha kerajaan untuk memaksimakan pendapatan kerajaan melalui kutipan hasil cukai dan urusniaga berkaitan tanah di Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) dan Pejabat Tanah Galian Selangor (PTGS) ?

8.            Apakah status rancangan Kerajaan
Negeri untuk membangun sebuah Pusat Pakar Perubatan di Petaling Jaya dan apakah kerjasama yang bakal dijalinkan bersama Universiti Malaya ?

9.            Adakah kerajaan telah melakukan kajian khusus berkenaan kes tanah runtuh mendap yang berlaku di Jalan Plumbum, Seksyen 7, Shah Alam dan apakah bantuan yang telah diberikan oleh Kerajaan negeri kepada penduduk ?

10.          Apakah dasar kerajaan untuk menjadikan Institusi Pengajian Tinggi di negeri Selangor sebagai institusi pendidikan yang setaraf antarabangsa ?




PERTANYAAN- PERTANYAAN BERTULIS
AHLI DEWAN NEGERI BUKIT ANTARABANGSA
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA
DEWAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KEDUA BELAS

1.            Nyatakan jumlah dan statistik rakyat yang menikmati kemudahan Skim Pemilikan Tanah Kerajaan dengan pilihan pembayaran premium tanah sebanyak RM1000 terlebih dahulu ?

2.            Berapakah jumlah guru-guru Sekolah Agama Rakyat yang telah menerima  latihan Training of Trainers (TOT) daripada Kerajaan Negeri dan apakah jenis-jenis latihan yang diterima ?

3.            Berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan mengikut kawasan Dewan Negeri di bawah Pelan Tindakan Agenda Selangorku bagi memperbaiki dan menyelenggara infrastuktur di bawah Pihak berkuasa Tempatan ?

4.            Apakah syarat-syarat dan garis panduan permohonan geran Selangorku bagi Program Pengukuhan Demokrasi ?

5.            Selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri sebagai Kerajaan Prihatin, berapakah jumlah kewangan yang telah disumbangkan oleh anak-anak syarikat kerajaan (GLC) untuk aktiviti tanggungjawab sosial korsocialbagi tahun 2012 ?

6.            Berapakah jumlah perbelanjaan yang telah digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk projek pemuliharaan tapak sisa pepejal bagi tahun 2011 dan apakah rancangan Kerajaan untuk mengurangkan kos ini ?

7.            Nyatakan perbandingan pelaburan asing daripada Eropah dan Timur Tengah berdasarkan jumlah projek, nilai pelaburan dan jumlah pekerjaan yang diciptakan bagi tahun 2011 ?

8.            Berapakah jumlah kakitangan Kerajaan Negeri akan menerima kenaikan gaji selaras dengan pelaksanaan gaji minima yang diumumkan YAB Dato’ Menteri Besar ?

9.            Nyatakan jumlah perbelanjaan kerajaan bagi projek-projek menaik taraf kemudahan dan infrastruktur sukan di setiap daerah ?

10.          Nyatakan status dan perincian perlaksanaan Projek Ceria di seluruh Negeri Selangor bagi tahun 2011.


No comments:

Post a Comment