Wednesday 21 March 2012

Perhimpunan Menentang Kezaliman Perang 2009 Terhadap Kerajaan & Tentera Sri Lanka

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2012 satu perhimpunan secara aman yang berlangsung dari jam 1030 hingga 1100 pagi yang telah di laksanakan oleh Malaysian Tamils Progressive Team (MATSAP NGO) iaitu Pertubuhan Kemajuan Masyarakat Tamil Malaysia adalah bertujuan untuk mendesak kerajaan Malaysia bagi menyokong dan mengundi resolusi yang akan di ambil oleh Kelab Hak Asasi Manusia di Geniva.


 
Mengikut laporan perang jenayah yang telah di keluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semasa perang  Sri Langka 2009, kerajaan dan tentera Sri Lanka telah berlaku zalim dan kejam terhadap kaum Tamil Sri Lanka telah membunuh lebih 100,000 masyarakat tamil yang tidak bersalah terutama kanak-kanak dan wanita-wanita tamil yang di dera dan di bunuh secara sexsual.


 
Tentera juga melanggar undang-undang perang di mana mereka telah menyerang kawasan yang tidak sepatutnya dan di larang menggunakan senjata (No Fire Zon) iaitu hospital awam, tempat beribadat, kawasan perumahan dan sebagainya.




Tamil Progressive Team mewakili masyarakat tamil Malaysia ingin mendesak kerajaan untuk menyokong dan mengundi resolusi bertentang sri lanka pada 23 Mac 2012 di Geniva.

Tuesday 20 March 2012

Kutuk Biar Berpadah
Gua rasa hina tengok pic ni tp gua rasa lebih hina org yg buat benda2 ni..pic ne gua  dapat dari blog alhusseyn51..

mungkin mereka silap dlm satu2 hal.. mungkin mereka silap dlm kepmpinan.. mungkin juga mereka x nampak kesilapan dlm diri..

tp jika benar ape yang berlaku kerajaan lebih awal ambil tindakan atas ape yang x btul ke atas mereka ni.. tp u all pkir la yg buat bnde ni btul ke orgnya.. 
u all tngk la sndiri..gua pn bukan la tinggi sangat hal ilmu agama tapi pic ni cukup mengaibkan bagi gua..

 gua x sokong spe2 x kire u all ni UMNO ke or pembangkang AntiKerajaan..

tp agak2 la bro..ne smue permainan dlm politik..gua x kisah de..tp gua rse org yg buat bnde ne kalau jd pemimpin pn msti buat bnde yg sme or lebih teruk lg dari yg die kutuk..dorg ne snggup wt ape sje..gua x heran la beb.. dh x de cra elok or lg sopan ke nk gulingkan kerajaan..

pic ne gua ambil dri fb Seligi Alpha.. mungkin kite cetek ilmu dalam soal politik tp kite boleh menilai mne yg baik & buruknye untuk mse depan kite dan keturunan kite..


 

Monday 19 March 2012

Sultan lepas jawatan canselor jika pelajar terbabit dalam perhimpunan haram

NONESultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan penuntut dan graduan agar tidak terjebak dengan gejala tidak sihat seperti menyertai perhimpunan haram sehingga menggugat kestabilan negara.

    
Sultan Ibrahim, yang juga Canselor Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM) bertitah sebaliknya mereka perlu bersyukur dengan peluang diberikan untuk menuntut ilmu dan tidak terlibat dengan aktiviti politik, atau menjadi pengikut kumpulan politik jalanan yang antikerajaan.
    
"Saya ingin menegaskan di sini bahawa sekiranya gejala sebegini berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar universiti ini, pada masa akan datang saya tidak teragak-agak untuk melepaskan jawatan saya sebagai Canselor universiti ini.
    
"Adalah lebih baik untuk saya mengundurkan diri daripada nama saya turut tercemar dengan perbuatan yang akan memburukkan nama dan imej universiti ini," titah baginda semasa menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Ke-11 UTHM hari ini.
    
Seramai 2,245 graduan menerima sijil masing-masing di konvokesyen tersebut, yang merangkumi Ijazah Doktor Falsafah seramai sembilan orang , Sarjana (164), Sarjana Muda (1,832) dan Diploma (240).
    
Sultan Ibrahim juga bertitah antara gejala sosial yang sering dipaparkan akhbar melibatkan segelintir penuntut perempuan melakukan aktiviti tidak bermoral seperti menjual maruah diri semata-mata untuk memperoleh kemewahan dengan cara mudah.
    
Sehubungan itu, baginda berpesan kepada penuntut dan graduan agar menjadi manusia yang berpegang teguh kepada ajaran agama, serta berusaha mengharumkan nama universiti selain membalas pengorbanan dan jasa kedua ibu bapa tercinta.
    
Baginda turut mengingatkan pihak pentadbiran UTHM agar mempercepatkan pembinaan kampus bidang aeronautik di Tanjung Labuh.
    
"Kelewatan projek ini hanya akan menjejaskan pelaksanaan pengajian bidang aeronautik dan melibatkan kos sampingan," titah baginda.

- Bernama

Salam buat u all.. gua terbaca artikel ne dlm blog malaysiakini.com.. ape yang gua baca dari artikel ne ade baiknya tp u all tngk la sendiri komen2 sesetengah pihak yang bagi gua teramat negatif tahap pemikirannya.. kalau ye pn nk jd AntiKerajaan nak menegakkan islam la.. ape la.. tp mcm tu ke caranye.. dengan bahasa x terjaga.. islam ke namanye.. nk sembang politik sampai tahap sultan kne kutuk.. mcm tu ke sikap org melayu sekarang.. islam itu indah..hayati, renung & fikirkan la..yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t..yang buruk tu datangnya dari kita sendiri..



Tuesday 13 March 2012

Daging Lembu Diperbuat Daripada Daging Babi

Berasal daripada daging babi, ianya boleh mengakibatkan kecacatan, keracunan dan kanser. Rasa daging babi dihilangkan dengan menggunakan aditif lalu digaul dengan ekstrak daging lembu. Hanya 90 minit diperlukan untuk menghasilkan daging lembu daripada daging babi melalui cara tersebut.

Source: 
http://jomstadi.blogspot.com
Hasut, guling kerajaan

Minggu lalu saya telah menjadi saksi di mahkamah tinggi dekat Jalan Duta. Ini kes enam reformis menyaman ketua polis negara sebelum ini Norian Mai. Saya salah seorang dari enam reformis yang menyaman Norian Mai atas dakwaan memfitnah dan membuat onar terhadap para reformis.

Pada 10 April 2001, ketika Norian Mai berkuasa sebagai ketua polis negara, dia telah menangkap 10 orang reformis. Para reformis telah ditangkap dengan tuduhan merancang untuk menggulingkan kerajaan.

Keesokan hari, pada 11 April 2001, Norian Mai telah membuat sidang akhbar. Pada 12 April 2001, semua akhbar telah membuat laporan tentang sidang akhbar ketua polis negara ini. Para reformis telah dituduh memiliki grenade launcher, ball bearing dan bom molotov.

Tetapi bukan tentang ini yang ingin saya tulis. Apa yang saya lakarkan ialah politik di belakang penangkapan ini. Dan apa dia pencerahan realpolitik terhadap kes ini.

Untuk memulakan pencerahan, saya ingin memberitahu pembaca terutama anak-anak muda harus sedar dan faham bahawa bukan satu kesalahan untuk menggulingkan kerajaan.

Jangan kita ditakut-takutkan apabila mendengar perkataan "ingin menggulingkan kerajaan".

Parti politik DAP, PKR atau PAS semua bertungkus lumus siang dan malam bekerja untuk menggulingkan kerajaan BN. Mahfuz Omar ingin menggulingkan kerajaan. Dr Dzulkefy Ahmad ingin menggulingkan kerajaan. Tian Chua ingin menggulingkan kerajaan. Tony Pua ingin menggulingkan kerajaan. Nurul Izzah Anwar ingin menggulingkan kerajaan.

Malah setiap malam mereka ke hulu ke hilir berceramah dan menghasut orang ramai dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan.

Politik jalan raya

Nik Aziz Nik Mat telah berjaya menggulingkan kerajaan BN di Kelantan. Lim Guan Eng telah berjaya menggulingkan kerajaan di Pulau Pinang. Khalid Ibrahim telah berjaya menggulingkan kerajaan di Selangor. Nizar Jamaluddin telah berjaya menggulingkan kerajaan di Perak, tetapi dirampas kembali. Ini adalah bukti bahawa menggulingkan kerajaan bukan satu kesalahan.

Sekali lagi saya ingatkan, jangan sesekali kita ditakut-takutkan dengan perkataan ‘menghasut'. Ceramah-ceramah yang disusun oleh Pakatan Rakyat bertujuan untuk memberi maklumat kepada orang ramai.

Maklumat yang diberi itu bertujuan untuk menyedarkan orang ramai agar mereka menolak kerajaan United Malays National Organisation dan menggantikan dengan kerajaan Pakatan Rakyat. Ini bermakna ceramah itu bertujuan untuk menghasut orang ramai agar bangun menggulingkan kerajaan United Malays National Organisation.

Jika kurang faham biar saya cerahkan lagi makna menghasut. Utusan Malaysia - akhbar milik United Malays National Organisation - setiap hari kerjanya menghasut.

TV3 juga milik gerombolan United Malays National Organisation kerjanya setiap saat menghasut. Iklan kasut baru dan iklan coli ketat minah cun yang terpampang di tepi jalan di belakang Mid Valley itu juga bertujuan menghasut.

Utusan Malaysia dan TV3 menghasut rakyat untuk membenci dan menolak kerajaan Pakatan. Utusan dan TV3 menghasut rakyat untuk menyokong kezaliman yang dijalankan oleh United Malays National Organisation. Begitu juga dengan iklan kasut dan coli minah cun. Iklan-iklan ini juga bertujuan menghasut orang ramai untuk menjadi pembeli.

Justeru menghasut bukan juga satu kesalahan. Malah menghasut rakyat untuk bangun menggulingkan kerajaan adalah tugas suci setiap warga Malaysia yang memiliki akal dan fikiran.

Ketika saya ditangkap bawah ISA pada 10 April 2001 dahulu, alasan tuduhan ialah: saya menghasut rakyat untuk turun ke jalan raya. Atau dalam bahasa cool, saya berceramah untuk menghasut rakyat turun berdemo. Saya tidak pernah menafikan ini.

Malah bukan sahaja dalam ceramah saya menghasut rakyat agar turun berdemo, saya juga membuat teater untuk menghasut orang ramai untuk membenci Mahathir Mohamad dan United Malays National Organisation.

Saya juga telah berkali-kali menulis untuk menerangkan kepada orang ramai tentang politik jalan raya. Tulisan saya telah melakar kembali persejarahan politik Filipina dan Jakarta di mana ditaktor Marcos dan ditaktor Haji Muhamad Suharto telah digulingkan oleh ombak rakyat turun ke jalan raya.

'Saya menghasut maka saya wujud'

Malah saya juga - ketika itu di Pakistan - terlibat sama berdemo untuk menjatuhkan kerajaan zalim Shah Reza Pahlavi di Tehran pada tahun 1978. Untuk saya, semua ini bukan kesalahan. Untuk saya ini satu tugas suci yang wajib saya lakukan sebagai manusia yang memiliki akal, fikrah dan keintelektualan.

Ahli falsafah Perancis yang bernama René Descartes (1596-1650) berkata: "Saya wujud kerana saya berfikir."

Justeru saya pula berkata: "Saya menghasut maka saya wujud."

Menghasut untuk menggulingkan kerajaan yang zalim adalah wujudiah saya. Saya wujud dan amat bangga kerana saya menghasut orang ramai untuk bangun menentang gerombolan United Malays National Organisation.

Untuk kerajaan dan rejim yang zalim, orang ramai turun ke jalan raya dilihat sebagai satu kesalahan. Di sini ingin saya jelaskan kepada warga Malaysia yang mungkin tidak sedar bahawa turun berkumpul ke jalan raya adalah hak kita sebagai warga negara ini. Hak ini ada tercatit dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Justeru berkumpul dan berdemo adalah hak asasi kita.

Mari kita lihat sejarah tunjuk perasaan yang membawa hasil kebaikan. Pada tahun 1998 dahulu satu gerakan ampuh ke jalan raya telah dimulakan oleh Gerakan Reformasi. Gerakan Reformasi ini ingin menghalau Mahathir dari terus menjadi perdana menteri.

Tanpa tunjuk perasaan yang menghasut orang ramai untuk mengutuk dan memburukkan Mahathir pasti hari ini perdana Menteri malaysia masih lagi Mahathir Mohamad. Sahih demonstrasi yang dikatakan bukan budaya kita oleh Mahathir telah menumbangkan Mahathir Mohamad sendiri.

Bukti-bukti sahih di mana demonstrasi membawa hasil positif terus terkumpul sebagai ilmu pengetahuan. Ingati kembali para peguam yang turun berdemo di Putrajaya pada 27 September 2007. Ini dikuti dengan demo BERSIH yang pertama pada 10 November 2007. Beberapa minggu kemudian pada 25 November, Hindraf pula turun ke jalan raya.

Hasil mutlak dari semua tunjuk perasaan ini ialah kemenangan Pakatan dalam pilihan raya 8 Mac 2008. Tunjuk perasaan di jalan raya ialah tanda kemarahan rakyat.

Apabila orang ramai turun ke jalan raya, para demonstran ini telah memperkasa diri mereka. Memperkasa diri ini akhirnya diterjemahkan sebagai undi untuk Pakatan. Sesiapa yang berani menolak hakikat bahawa demo jalan raya akan membawa kemenangan di peti undi wajib diperiksa keupayaan otak mereka.

Santau radioaktif

Contoh terbaru di mana politik jalan raya telah membawa hasil positif ialah apabila 20,000 penunjuk perasaan keluar di Kuantan pada pagi 26 Febuari 2012 yang lalu. Para demonstran telah menentang kewujudan kilang nadi bumi Lynas.

Orang ramai telah diberi pencerahan tentang bahaya santau radioaktif yang akan dikeluarkan oleh kilang ini. Orang ramai juga telah dihasut oleh Himpunan Hijau untuk turun ke jalan raya.

Hasilnya, pada petang yang sama Najib Razak telah membuat kenyataan bahawa sisa-sisa santau radioaktif ini tidak akan disimpan di Gebeng.

Kenyataan putar belit Najib ini bercanggah dengan kenyataan awal yang mengatakan bahawa sisa santau radio aktif ini selamat. Justeru - terbukti - jika orang ramai tidak turun ke jalan raya pasti Najib tidak akan bersuara. Tanpa demo penentangan pasti warga di Gebeng akan disantau oleh radioaktif.

Justeru, pencerahan yang ingin saya sebarkan ialah demonstrasi, tunjuk perasaan dan politik jalan raya menjamin akan membawa hasil yang positif. Berdemo adalah berbaloi.

Apa yang saya ajukan ini bukan lagi teori. Ini bukan angan-angan. Ini adalah satu garis politik yang tepat. Ini pendekatan politik yang akan menghasilkan kemenangan untuk orang ramai.

Pada ketika setiap hari kerajaan Pakatan diserang. Pemimpin Pakatan diserang. Hanya politik jalan raya sahaja yang akan memastikan kerajaan Pakatan selamat. Politik jalan raya juga akan memastikan Pakatan berjaya merangkul kemenangan baru.

Saya mengajukan politik jalan raya ini kerana saya memiliki bukti yang sahih. Ketika saya disoal siasat selama 60 hari di 'bilik sulit' hingga ke Kamunting, pekara yang ditimbulkan berkali-kali oleh United Malays National Organisation ialah pandangan saya tentang demonstrasi.

Untuk saya cukup senang, jika musuh saya tidak suka perkara yang saya lakukan, maka ini bermakna apa yang saya lakukan itu adalah tepat. Jika musuh saya tidak marah dan tidak menyerang saya maka ini bermakna saya dan musuh telah sebati. Hukum politik ini tidak akan berubah-ubah hingga hari kiamat.

Demonstrasi telah membawa banyak hasil yang positif. Ini telah dibuktikan dengan betapa gentarnya Mahathir bila berhadapan dengan rakyat yang bangun menunjuk perasaan. Najib Razak juga tahu dan sedar akan keupayaan politik jalan raya membawa perubahan.

Justeru Najib dengan tergesa-gesa telah membuat akta baru sesudah tunjuk perasaan BERSIH 2.0. Akta baru ini adalah percubaan Najib untuk meneruskan kuasa United Malays National Organisation yang zalim.

Kalau dahulu saya menulis buku bertajuk: Pilihanraya atau Pilihan Jalan Raya, Kali ini saya mengajukan slogan "ke jalan raya sebelum ke pilihan raya".

Source: shalehudin
ANAK MUDA SOKONG UMNO DAN BARISAN NASIONAL

Hari ini Sangkakala hendak menyangkal tuduhan yang kononnya anak muda Malaysia akan menghukum UMNO dan Barisan Nasional seperti yang telah dilaporkan oleh media pakatan rakyat keadilandaily semalam.


Apa yang Sangkakala lihat kini, sokongan anak muda lebih menjurus kepada UMNO serata Barisan Nasional berbanding dengan PAS, PKR mahupun DAP.

Sangkakala berani menyatakan begitu setelah Sangkakala melihat sendiri sokongan dan dorongan yang diberikan oleh anak-anak muda Malaysia terhadap program-program yang dijalankan oleh pihak kerajaan kini mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan tambahan pula dengan pengiktirafan kerajaan bahawa golongan muda dan belia adalah benteng barisan hadapan kerajaan.

Ini juga telah menjadi ketakutan kepada Pakatan Rakyat hingga baru-baru ini mereka telah mengeluarkan kenyataan tetapi tidak mendapat perhatian apa bila Naib Presiden PAS- Datuk Mahfuz Omar menyelar Kementerian Belia dan Sukan dengan mengatakan bahawa Kementerian itu mengeluarkan dana untuk Datuk Dr Hasan Ali yang juga bekas ahli PAS memberi ceramah di seluruh tanah air.

Isu yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PAS itu langsung tidak menerima respon dari belia kerana para belia berangapan bahawa isu itu adalah fitnah secara terang-terang oleh PAS.

Apa yang para belia nampak kini ialah kerajaan dengan ikhlas membantu para belia dari pelbagai sudut dan ianya adalah satu kebaikan yang perlu diterima oleh para belia.

Jadi Sangkakala berani katakan disini bahawa golongan muda hari ini tidak akan menghukum kerajaan sewenang-wenangnya bahkan pemuda seta para belia tanah air akan menghukum kerajaan di negeri-negeri yang diurus tadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat seperti Selangor, Pulau Pinang serta Kedah termasuklah juga Kelantan yang teh ditadbir oleh PAS tetapi tidak menampakkan kemajuan untuk belia.

 sangkakala 
PRU-13 UMNO TUMPAS?

Dengan hormatnya dijemput menghadiri
Majlis Pelancaran Buku
PRU-13 UMNO TUMPAS?
oleh Zainal Abidin Ahmad
Forum Umum
ANALISIS ARAH POLITIK MALAYSIA
PASCA PRU-13
Tarikh : 15 / 3 / 2012 (Khamis)
Masa : Jam 8 hingga 11 malam
Tempat : K.L. Selangor Chinese Assembly Hall
Anjuran : Strategic Information and Research Development Centre &
Free Public Forum Malaysia
Panelis :
1. Dato' Saifuddin Abdullah (Timb Menteri Pengajian Tinggi)
2. Dr Dzulkefly Ahmad (AJK Pas Pusat)
3. Prof Aziz Bari (Pakar Perlembagaan Malaysia)

Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi
Chong Ton Sin 016-379 7231, Shake Omar 013-296 5724
~~~~~~~~~~~~~~~~
GB Gerakbudaya/SIRD
11 Lorong 11/4E
46200 Petaling Jaya
Selangor, Malaysia
T: +60 (0)3 7957 8343
F: +60 (0)3 7954 9202
W: www.gerakbudaya.com & http://bookshop.gbgerakbudaya.com
Source: matamin02

Apakata kita baca apa yang ditulis Sakmongkol tentang  The Say Sorry Game ini.Mungkin anda tak berkenan dengan Dato Ariif Sabri sejak dia menyeberang masuk DAP,tapi tak salah kalau kita sekadar membaca apa yang difikirkan nya....

The say sorry game.
Malaysians are learning a new political game- The Apology Game. The apologizer- in- chief is of course Najib Razak. He has said sorry for those undefined UMNO wrongs. Maybe he is sorry he couldn’t plug the gaping hole that allowed RM 1.3 trillion to leave the country. Crooks associated with UMNO embezzled money belonging to this country. Its financial mayhem. Saying sorry is sufficient.
Sources of regret.
Maybe he is also sorry for the endless list of financial scandals that were caused by UMNO. He is sorry for dismembering up the iconic MAS. He is sorry, for destroying the future of Felda. 5 years from now, when Felda doesn’t have the funds to manage and operate the 112,000 settlers in the felda schemes, the government steps in making up for the loss in revenue. What was the cause of the loss in revenue in the first place?




The ravenous appetite of UMNO politician businessmen.
The BN government was stupid enough to agree to the FGV listing because the FGV CEO promises the larger portion of the IPO profits to the PM department and a portion of that profits earned by Felda will be used to pay the sudden windfall. The PMO and the unsuspecting settlers share the same standard- both forfeit long term interests for short term one.




The opposition told the truth.
That means what the opposition has been telling is the truth. That UMNO has been a real rogue. The truth is UMNO has buggered and sodomised the Malay race. And pilfered the nation.
The sorry game of Shahrizat.
Enter shahrizat. She is also sorry but her regret takes a different form. Her apology is acted out in the form of sacrificing herself by announcing her resignation from the cabinet. That will make her out as a victim of some nebulous plot hatched by the opposition led by Rafizi Ramli and the PKR lady leader, Zuraidah.




2 months ago, the Oracle told me it was a done deal- Najib has a written note that Shahrizat will go. Maybe Najib secured a promise from Shahrizat to quit and he jotted down her promise in writing.
A little melodrama for political effects.
In the meantime, for public consumption a little drama for the desired political effects is good. Shahrizat was not actually planning to resign. Why should she, when her colleagues are also plundering the nation? Her mistake was not being clever enough to disguise the thievery that took place within NFC. Her colleagues demanded her head not because RM 50 million or so was siphoned or how the RM 250-million grant was used- they wanted her kicked out for being not clever at concealing the plundering. She did not pay attention in classroom, when they were taught the Art of the Steal.




It is just a shameless game.
But know this. To the BN people, saying sorry is just a game. The game starts when someone on the "other side" says or does something that might conceivably offend (though of course it never really does offend). UMNO and BN people have everything except honor and scruples.




What did the other side do? In this case, Rafizi Ramli and his gang unearthed the many shenanigans that took place in NFC. The NFC- National Feedlot Corporation was granted a 250 million grant at 2% interest to import cattle and beef up the cattle rearing industry. Instead, the family of Shahrizat used the funds for non-related businesses such as buying high end condominiums, office buildings, expensive cars and paying astronomical salaries to directors. About these condominiums, Sahahrizat claimed ignorance and innocence- though the interior designers whom she engaged will tell you, every minutia of details have to be screened by her such as what bulbs and curtains to use. Yet, she says, she has nothing to do with the extra mural activities of NFC.




The shameless reponse.
Shahrizat’s response: publicly claim mortal offense -- this secures your position as a victim -- and then very publicly demand sympathy. What she did privately with the connivance of family members, she now wants to make public. It’s the same game all UMNO people play – privatize the profits, make public bear the gult.
She will resign her post if Wan Azizah resigned hers , though how Wan Azizah is connected to the case in point baffled everyone except the UMNO herds grazing the pastures of PWTC. I though UMNO will not repeat this inanity, yet Ahmad Maslan just did by linking Wan Azizah to Shahrizat’s refusal to relinquish her wanita UMNO post. The MCA has a porn actor as president, Wanita UMNO has a person who has nothing to do with what went on in NFC other that going to bed with its CEO. How can she be involved?
Did she send the wanita baju kurung?
Shahrizat when a step farther- she sends the UMNO baju kurung uniform to Rafizi and threatened to sue Rafizi and gang. Whether she actually sent them, we don’t know. She made quite a spectacle when she rolled up the sleeves of her baju kurung- Pakatan naughty boys were actually waiting for her to do an Elizabeth Wong. The blogger Tukar Tiub has made public his regret and said how sorry he is, for not being able to see Shahrizat’s more daring revelation.




She has suffered mortal offense hasn’t she? Then rope in the media and the new media. When the media machinery becomes engaged -- which is essential to her publicity success -- then the various reporters and commentators will pile on, supporting her demand, as the politically correct victim, for an apology and punishment for the offending party. If we were to ask Ibrahim Ali, he would suggest that Rafizi be hanged.
She has been mortally wounded, she is nothing except the woman to the man she goes to bed with. She has nothing to do with his business dealings.




She overlooked one thing. The media supporting her is an opportunist band of brothers- they will continue covering the "issue," they'll pressure the offending party until he or she caves in and issues an apology. Then the media will decide if the apology is sufficiently sincere -- the media may require several rounds of apologies before these arbiters of PC finally accept it.




But if the offending party stands its ground, the opportunistic media practitioners will be ready to do an about turn. Shahrizat feigned anger and combative stance during the UMNO GA. She issued challenges and threats. She even tried to widen her defense by alluding to the real possibilities that her colleagues in the party are guilty of even bigger financial thievery. She does all that not because she was offended. She played the game because demanding an apology and feigning the victim, generates as much media coverage as possible. Why? Because if the offending party caves in and public sympathy swells as a result of media massaging, the whole melodrama will prove you are stronger and more powerful than your opponent.




You see, that is already happening. UMNO leaders line up like peons, praising Shahrizat.

Jenis-Jenis Berakkk dilarang ...Adakah???

Pernah tak korang terbace satu blog nih citer pasal jenis-jenis berakk yang dilarang dalam dunia ...?? giler kelakar tahap gabanss ok..ape2 pun credit to Shawn  Razaleigh sebab post pasal berak nih membuatkan aku untuk tidak terbuat jenis-jenis berak terlarang hoiii...hahahaha..yang best tuh siap ade gambar woo..memang tahap keberkesanan jenis2 berak terlarang tuh sgt jelasss....ade sikit sedutan jenis berak terlarang menurut beliau ..

Jenis2 berak yang dilarang kalau ada toilet dalam kelas:

1. Dilarang menghasilkan bunyi 'plup2'.......sila bace ..
2. Dilarang memberak sambil mengeluarkan bau.......jgn tk bace...
3. Dilarang membunyikan bunyi "pret3".........hooiii...
4. Dilarang mengerang. Sangat, sangat-sangat dilarang....sendiri mau ingat ar kan..hahahah

lu orang pegi lah bace kat blog tuh sendiri ...aku sgt-sgt teruja nk bace post2 dlm blog tuh..giler buat aku ketawa smp bengkak mulut wooooo..gua caya lu bro Shawn.. Ooohh Shawn..


credit to mr google


Monday 12 March 2012

SHAHRIZAT PENTERNAK LEMBU..

SHAHRIZAT LEMBU....



KUALA LUMPUR – Pengarah National Feedlot Corporation (NFCorp) telah dituduh menggelapkan dana awam akan dikenakan hari ini di Mahkamah Sesyen di sini. Shahrizat telah menggunakan dana awam untuk tujuan menguruskan National Feedlot Corporation (NFCorp).

Dari sumber yang diperolehi, Shahrizat telah menggunakan dana awam kerajaan sebanyak 250 juta yang telah diberikan kepada syarikat pemeliharaan dan penternakan lembu. NFCorp diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, suami persekutuan menteri Datuk Seri Shahrizat Jalil, dan tiga anak mereka - Izran, Izmir dan Izzana. (keluarga hasil daripada hasil lembu = keluarga lembu). 

Shahrizat mengumumkan hari ini beliau akan meletak jawatan sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat apabila tamat tempoh sebagai senator pada 8 April tetapi akan kekal Perempuan ketua Umno. (Letak je jawatan semua skali, sudah2 la tue..da tua nyanyuk dah)

Isu National Feedlot Corporation (NFCorp) melanda Negara selepas Laporan Audit tahun lepas yang telah dikeluarkan Jabatan Audit Negara berkaitan pengeluaran dana 250juta.
Syarikat NFCorp telah menggunakan dana tersebut bagi pembiayaan penternakan lembu tersebut. Selain itu, ia termasuk pembelian berjuta-juta unit ringgit kondominium mewah di Bangsar dan Singapura serta tanah di Putrajaya. (salah gunakan dana rakyat)

Tindakan NFCorp yang mempertikai dan melatah terhadap cadangan awal polis agar pengerusi syarikat itu didakwa dengan pertuduhan pecah amanah untuk Jabatan Peguam Negara. Tindakan tersebut adalah ternyata mempertikai urusan dan siasat pihak polis terhadap Skandal NFC yang telah melakukan pecah amanah jenayah wang rakyat yang dipinjamkan bagi tujuan melaksanakan. (tangkap sumbat dalam lokap je)

berita selanjut click di SINI

National Prayer Breakfast


National Prayer Breakfast



The National Prayer Breakfast is a yearly event held in Washington, D.C., on the first Thursday of February each year. The founder of this event was Abraham Vereide. The event—which is actually a series of meetings, luncheons, and dinners—has taken place since 1953 and has been held at least since the 1980s at the Washington Hilton on Connecticut Avenue N.W.

The breakfast, held in the Hilton's International Ballroom, is attended by some 3,500 guests, including international invitees from over 100 countries. The National Prayer Breakfast is hosted by members of the United States Congress and is organized on their behalf by The Fellowship Foundation, a conservative Christian organization more widely known as "The Family". Initially called the Presidential Prayer Breakfast, the name was changed in 1970 to the National Prayer Breakfast.

It is designed to be a forum for political, social, and business leaders of the world to assemble together and build relationships which might not otherwise be possible. ("[T]he breakfast is regarded by the Family as merely a tool in a larger purpose: to recruit the powerful attendees into smaller, more frequent prayer meetings, where they can 'meet Jesus man to man.'") Since the inception of the National Prayer Breakfast, several U.S. states and cities and other countries have established their own annual prayer breakfast events.

Every U.S. president since Dwight D. Eisenhower has participated in the annual event, including President Obama in 2009, 2010, 2011, and 2012.

Letter To Anwar Ibrahim

National Prayer Breakfast Tentative Schedule of International Guess Activities

Tuesday, January 31
                   1 - 9 p.m                       Registration Hilton Washington
Wednesday, February 1
9.00 a.m                       Registration continues Hilton    Washington
12.00 p.m                     International Lunch on Hilton    Washington
Afternoon                     Possibility of Private Appointments
6.30 p.m                       Dinner Hilton Washington
Thursday, February 2
7.30 a.m                       National Prayer Breakfast Hilton    Washington
12.00 p.m                     Leadership Lunch on Hilton    Washington
6.30 p.m                       Private dinner at various locations in Washington, or participant in the closing Dinner at the Hilton Washington
Friday, February 3
8.30 a.m                       International Women’s Continental Breakfast with Congressional Spouses




Pendapat Artis Tentang PR





Video ini menunjukan pendapat sesetengah artis kita di Malaysia tentang Kepimpinan dan Politik..
 ..



Sunday 11 March 2012

Cadangan Soalan DUN


PERTANYAAN- PERTANYAAN MULUT
AHLI DEWAN NEGERI BUKIT ANTARABANGSA
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA
DEWAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KEDUA BELAS


1.            Apakah cadangan kerajaan bagi kawasan focus seperti ‘Selangor Automotive Belt’ supaya dapat membantu pertumbuhan ekonomi negeri bagi tahun 2012 ?

2.            Berapakah jumlah peningkatan peluang pekerjaan yang telah dicipta setelah SIC Berhad mensasarkan jumlah pelaburan perindustrian sebanyak RM8 billion setahun oleh SSIC Berhad ?

3.            Apakah status penyediaan perkhidmatan (WIFI) di Negeri Selangor dan adakah perkhidmatan ini akan turut meliputi kawasan luar bandar ?

4.            Apakah cadangan kerajaan melalui Industrial Park Management Committee (IPMC) untuk menambah baik iklim pelaburan di Negeri Selangor bagi tahun 2012 ?

5.            Apakah kerajaan bercadang mendirikan lebih banyak Rumah Mampu Milik dan apakah terdapat mekanisme yang boleh mengurangkan lagi kos pembinaan supaya dapat dijual dengan harga yang lebih murah ?

6.            Adakah kerajaan bercadang untuk mempromosikan Sistem Penuaian Air Hujan atau Rain Water Harvesting (SPAH) seperti yang dirintiskan oleh MBPJ sebagai salah satu kaedah penyediaan air alternative ?

7.            Apakah usaha kerajaan untuk memaksimakan pendapatan kerajaan melalui kutipan hasil cukai dan urusniaga berkaitan tanah di Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) dan Pejabat Tanah Galian Selangor (PTGS) ?

8.            Apakah status rancangan Kerajaan
Negeri untuk membangun sebuah Pusat Pakar Perubatan di Petaling Jaya dan apakah kerjasama yang bakal dijalinkan bersama Universiti Malaya ?

9.            Adakah kerajaan telah melakukan kajian khusus berkenaan kes tanah runtuh mendap yang berlaku di Jalan Plumbum, Seksyen 7, Shah Alam dan apakah bantuan yang telah diberikan oleh Kerajaan negeri kepada penduduk ?

10.          Apakah dasar kerajaan untuk menjadikan Institusi Pengajian Tinggi di negeri Selangor sebagai institusi pendidikan yang setaraf antarabangsa ?




PERTANYAAN- PERTANYAAN BERTULIS
AHLI DEWAN NEGERI BUKIT ANTARABANGSA
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA
DEWAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KEDUA BELAS

1.            Nyatakan jumlah dan statistik rakyat yang menikmati kemudahan Skim Pemilikan Tanah Kerajaan dengan pilihan pembayaran premium tanah sebanyak RM1000 terlebih dahulu ?

2.            Berapakah jumlah guru-guru Sekolah Agama Rakyat yang telah menerima  latihan Training of Trainers (TOT) daripada Kerajaan Negeri dan apakah jenis-jenis latihan yang diterima ?

3.            Berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan mengikut kawasan Dewan Negeri di bawah Pelan Tindakan Agenda Selangorku bagi memperbaiki dan menyelenggara infrastuktur di bawah Pihak berkuasa Tempatan ?

4.            Apakah syarat-syarat dan garis panduan permohonan geran Selangorku bagi Program Pengukuhan Demokrasi ?

5.            Selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri sebagai Kerajaan Prihatin, berapakah jumlah kewangan yang telah disumbangkan oleh anak-anak syarikat kerajaan (GLC) untuk aktiviti tanggungjawab sosial korsocialbagi tahun 2012 ?

6.            Berapakah jumlah perbelanjaan yang telah digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk projek pemuliharaan tapak sisa pepejal bagi tahun 2011 dan apakah rancangan Kerajaan untuk mengurangkan kos ini ?

7.            Nyatakan perbandingan pelaburan asing daripada Eropah dan Timur Tengah berdasarkan jumlah projek, nilai pelaburan dan jumlah pekerjaan yang diciptakan bagi tahun 2011 ?

8.            Berapakah jumlah kakitangan Kerajaan Negeri akan menerima kenaikan gaji selaras dengan pelaksanaan gaji minima yang diumumkan YAB Dato’ Menteri Besar ?

9.            Nyatakan jumlah perbelanjaan kerajaan bagi projek-projek menaik taraf kemudahan dan infrastruktur sukan di setiap daerah ?

10.          Nyatakan status dan perincian perlaksanaan Projek Ceria di seluruh Negeri Selangor bagi tahun 2011.