Tuesday 12 June 2012


BUKAN MELAYU MENJADI PERDANA MENTERI

Soalan yang menarikkan yang tidak pernah difikir dahulu. Dahulu semua orang akur bahawa pemerintahan Malaysia adalah kepunyaan orang Melayu sebagai rakyat pribumi Negara ini. Hari ini rakyat mula befikir dan terfikir tentang isu orang bukan Melayu juga boleh menjadi PM. Kenapa jadi begini, sedangkan dahulu tidak. 

Mungkin jawabnya kerana dahulu semua orang sedar menerusi kontrak sosial hak keistimewaan orang Melayu sebagai penduduk pribumi diakui sebab merekalah yang memberikan kerakyatan secara automatik kepada gologan pendatang, nanti ada yang kata itu dulu lama dah, ia ke lama sebab baru 54 tahun Malaysia merdeka maknanya masih ramai lagi pejuang kemerdekaan dan mereka yang membincangkan segala isu berhubung kemerdekaan masih ada (jika dibandingkan Amerika tahun 1776 baru mereka menjadi sebuah Negara bangsa yang merdeka maka kita baru setahun jagung), jadi apa isunya…isunya ialah tidak ada sebab baru 54 tahun kita merdeka, kita sudah melupakan semangat kemerdekaan dan bersatu hatinya datuk moyang kita dahulu. 

Kemerdekaan 31 Ogos 1957
 
Alasan kedua ialah kerana semangat sayangkan orang Melayu atau semangat sayangkan ketuanan Melayu sudah terhakis kerana ada pemimpin Melayu yang memperjuangkan ketuanan rakyat, seperti DSAI semata-mata kerana inginkan popularity sanggup menjaja ke hulu ke hilir slogan ketuanan rakyat.


Apabila sudah ada pemimpin Melayu yang berani menyentuh tentang orang Melayu sedangkan dalam perlembagan dinyatakan terdapat 4 perkara yang tidak boleh disentuh antaranya ialah tentang hak keistimewaan orang Melayu. Jadi apabila ada yang menyentuhnya secara tidak langsung akan ada yang berusaha menangguk di air keruh dengan mencuba pula melihat reaksi rakyat terhadap Perdana Menteri bukan Melayu.

Adik Beradik...haha.dua dua main handphone.
Cuba kita berfikir sejenak bolehkah bukan Melayu menjadi Perdana Menteri. Sebuah Negara Islam pemimpinnya mesti Islam. Yang DiPertuan Agong adalah beragama Islam pastinya dia inginkan Perdana Menterinya beragama Islam.  Majoriti penduduk Negara ini adalah Melayu Islam pastinya mereka inginkan pemimpin utama Negara adalah Islam. Tapi katakanlah pembangkang menang dalam PRU ke 13 dan menolak segala alasan, dan tetap menjadikan orang bukan Islam Perdana Menteri, agak-agak apa akan berlaku. Fikirkanlah sendiri. 

Bagaimana reaksi rakyat secara keseluruhan jika ini berlaku, bagaimana reaksi UMNO, bagaimana pula reaksi orang Islam di dalam pembangkang seperi PAS, PKR dan DAP. Adakah mereka akan berdiam diri atas semangat setiakawan parti atau mereka akan menasihati atau mereka buat bodoh….perhatikan isu hudud, isu LGBT, isu murtad Lina Joy adakah mereka berkata, atau berdehem atau terus membisu dan buat  bodoh.

No comments:

Post a Comment