Wednesday 6 June 2012


APAKAH AGENDA SEBENARNYA BERSIH 3.0


BERSIH 3.0 memberikan kesan besar kepada Negara MALAYsia. Sebuah Negara yang kata dasarnya bermula dengan nama MALAY iaitu Melayu sama seperti INDONesia kata dasar untuk orang Indon dan sama juga Negara THAIland kata dasarnya THAI. Sebagai penduduk pribumi Negara ini pastinya kasih sayang kita atau semangat patriotism kita terhadap negara ini seharusnya tinggi melebihi dari mereka yang hanya asalnya menumpang sahaja di Negara ini. Melayu berkorban untuk memastikan Negara ini merdeka pada tahun 1957 hasil usaha pemimpin-pemimpin Melayu UMNO pada ketika itu. Sayangnya Negara dibuktikan dengan memastikan Raja-raja Melayu tidak disingkirkan secara terhormat menerusi rancangan . Malayan Union 1946. 

 

Apabila kemerdekaan dirancang orang Melayu dipinta untuk berkorban dengan memberikan kerakyatan secara otomatik kepada pendatang yang berada di Tanah Melayu pada ketika itu (Perkara 14) Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang.dan dalam masa yang sama pendatang bersetuju untuk menerima Agama Islam sebagai agama rasmi (Perkara 11), bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (Perkara 152), Hak keistimewaan orang-orang Melayu/Bumiputera (Perkara 153)  dan Raja-raja Melayu dan perkara ini kekal menjadi perkara sensitif yang tidak boleh dipersoalkan

Apa yang dibincangkan berhubung perlembagaan hanyalah untuk menunjukkkan pengorbanan orang Melayu menerima pendatang sebagai rakyat Negara ini. Sebab matlamat utama mereka hanyalah untuk memastikan Negara ini merdeka dan perasaan sayangkan sebuah Negara bangsa ini lah yang perlu ada apabila membincangkan kenapa sesetengah individu sibuk dan besusah payah untuk menghancurkan Negara menerusi BERSIH, mempengaruhi rakyat Negara ini betapa kejam dan zalimnya kerajaan yang ada sedangkan kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO adalah  pewaris pemimpin perjuangan kemerdekaan Negara bangsa ini lah yang perlu ada apabila membincangkan kenapa sesetengah individu sibuk dan besusah payah untuk menghancurkan Negara menerusi BERSIH, mempengaruhi rakyat Negara ini betapa kejam dan zalimnya kerajaan yang ada sedangkan kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO adalah  pewaris pemimpin perjuangan kemerdekaan Negara. Yang lebih sedihnya ialah apabila Negara digambarkan ‘teruk’ hingga pemimpin BERSIH dan pembangkang tergamak memaklumkan kepada Negara luar, ibarat membuka pekung di dada.

Apa sebenarnya yang diinginkan oleh BERSIH, betulkah mereka inginkan proses PRU yang Bersih 3.0 :

  • Jika benar itu agenda mereka kenapa tidak mereka mengikut cadangan atau arahan yang diberikan oleh PDRM, DBKL dan kerajaan supaya mengadakan perhimpunan di stadium untuk tidak mengganggu orang lain terutamanya peniaga dan pemandu teksi. Terang dan jelas bahawa niat mereka sebenarnya untuk menghuru-harakan Negara tetapi diselindungkan dengan agenda BERSIH. http://www.pribumiperkasa.com/?p=8287 

Anwar The Hitler

  • Jika mereka inginkan suara mereka didengar, kenapa tidak dilaksanakan demonstrasi Bersih di stadium yang mempunyai segala kemudahan audio dan visual yang pastinya memudahkan pemimpin-pemimpin demonstran untuk melepaskan apa sahaja tanpa sebarang halangan. Jadi kenapa masih berkeras untuk mengadakan demonstrasi di tempat terbuka secara haram. Jawapannya mudah jika dilaksanakan di tempat tertutup pastinya mereka tidak akan dapat melaksanakan agenda provokasi mereka untuk menunjukkan kenapa dunia betapa kejam, zalim dsbnya kerajaan dan PDRM Malaysia. Jadi BERSIH berjaya sebenarnya untuk memburukkan nama Negara di luar. 
  • Jika benar mereka ikhlas untuk membuat bantahan aman dengan konsep “duduk dan bantah”, kenapa perlu mereka provoke anggota PDRM. Siapa-siapa pun apabila keterlaluan diprovoke pastinya akan bertindak balas, mereka juga manusia yang mempunyai had kepada kesabaran mereka. Persoalan yang boleh ditanya kepada Ambiga ialah kenapa dia menggalakkan peserta Bersih untuk menjadi kurang ajar kepada anggota polis, bukankah selama ini institusi kepolisian dihormati oleh rakyat Malaysia kenapa tiba-tiba peserta Bersih berubah hanya kerana “rangsangan” pemimpin pembangkang. 

Kerosakan yang dilakukan oleh demonstran pada Bersih 3.0
  • Menonjolkan sikap kurang ajar rakyat Malaysia yang mendakwa diri mereka sebagai masyarakat yang penuh sopan santun, berbudi bahasa dan masyarakat yang beragama. Pelancong datang ke Malaysia kerana mereka tertarik dengan cerita dan promosi tentang orang Malaysia yang penuh berbudi bahasa tetapi kecewa dan takut apabila melihat betapa ganasnya rakyat kita. Secara tidak langsung kita menyebabkan industri pelancongan Negara kita terjejas kerana sikap kita ketika BERSIH. Jadi inilah salah satu matlamat mereka iaitu menjahanamkan ekonomi Negara
  • Jatuhnya Iraq, Iran dan Negara-negara Arab kerana terdapatnya campur tangan dari Negara-negara luar terutamanya kuasa besar yang cuba mengambil kesempatan di atas isu-isu yang berlaku di Negara tersebut. Isu “Arab Spring” sengaja diwujudkan oleh kuasa barat untuk menunjukkan keinginan rakyat untuk menjatuhkan kerajaan zalim. Di mana akhirnya kuasa barat akan masuk untuk membetulkan keadaan dan akhirnya mereka akan terus bertapak untuk mengaut segala kekayaan Negara tersebut. Inikah yang kita inginkan berlaku di Negara kita, jika Bersih terus menerus melancarkan demonstrasi haram dan keadaan tidak terkawal akhirnya Barat akan masuk ke Negara ini dan mentadbir sama seperti apa yang mereka lakukan di Negara-negara Arab.
 
 

1 comment:

  1. http://pelatukparuhgading.blogspot.com/2012/06/scorpene-pkr-dan-abd-hadi-khatab.html

    ReplyDelete