Sunday 10 June 2012


AZMIN ALI VS KHALID IBRAHIM

EPISOD 3


Menteri Besar Selangor Dituduh Dalang



Sekumpulan penyokong Azmin mengadakan sidang media khasmembidas sikap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkannya sebagai mahu lepas tangan dalamisu tersebut.  “Saya menganggap kenyataan ‘no comment’ apabila ditanya pemberita berhubung isu ini agak mengecewakan kami kerana member ruang kepada tafsiran negatif masyarakat terhadap Azmin.  Malah, kita khuatir beliau akan berkecil hati.

Sebagai seorang pemimpin dan Menteri Besar yang dilantik parti, Tan Sri Khalid tidak boleh member jawapan seolah-olah mahu lepas tangan.  Perlu lebih berhati-hati dan duduk di dalam satu saf,” kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, semalam.

Zuraidah mengkritik Abdul Khalid kerana Menteri Besar itu tidak mahu mengambil tanggungjawab terhadap isu Azmin itu. Spekulasi semakin kencang, apabila Abdul Khalid menjawab ‘tiada komen’ dengan nada ‘tersenyum’. Bahkan beberapa orang exco yang hadir mengiringi Abdul Khalid juga turut tergelak kecil.

Bermakna bukan setakat tindakan Abdul Khalid yang tidak mahu komen dan tersenyum semakin menyemarakkan lagi spekulasi itu, malah tindakan Zuraidah dan kelab penyokong Azmin mengkritik Menteri Besar Selangor itu akan lebih menimbulkan teka teki. Kenapa Abdul Khalid tidak mahu mempertahankan Azmin?  Kenapa penyokong-penyokong Azmin mengkritik Abdul Khalid ?  Kenapa pula penyokong-penyokong Azmin bukan sekadar mempertahankan Timbalan Presiden PKR tetapi perlu mengkritik Abdul Khalid?  Kenapa Azmin sendiri berdiam diri, tetapi membiarkan para penyokongnya bersuara?

Dari maklumat-maklumat yang penulis dapat, ada besar kemungkinan dalang disebalik penghasilan video tersebut, berada di pejabat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Asas kepada tuduhan itu mudah.  Umum sudah mengetahui bahawa, kalau pun Pakatan Rakyat mengekalkan kuasanya di Selangor selepas mandate kerajaan negeri berakhir tahun depan, TS Khalid tidak akan dilantik semula kejawatan Menteri Besar.

Sebaliknya Azmin, selaku Pengerusi PKR Selangor yang akan mengisi jawatan tersebut”, dedahnya dalam artikel bertajuk ” Video Seks Azmin Di Dalangi Pejabat MB Selangor?“.

Blog Ipoh Malay pula terkejut dengan reaksi pelik sebuah laman PKR yang membawa maksud mengakui lelaki dalam foto itu adalah Azmin Ali tetapi menyalahkan ‘pengkhianat’ yang mendedahkannya. Laman yang dimaksudkan blogger Ipoh Malay itu adalah tawan malaysia.com. Laman tawan Malaysia dalam postingnya bertajuk “Keadilan isytihar perang ! : Sokongan padu kepada Azmin Ali sudah sampai kekemuncaknya”, menulis bait-bait sepertiberikut;


Seluruh ahli parlimen dan Adun Keadilan, 
Nyatakan sokongan padu kepada Azmin Ali, 
MPN Keadilan Selangor dah buat kenyataan tegas, 
Nyatakan sokongan padu kepada Azmin Ali, 
Kepada pengkhianat , 
Sila buat saki baki kerja, 
Sebelum dihumban.
Kami sedang mengatur gerak strategi, 
Untuk humban pengkhianat, 

 
Celaka punya pengkhianat! “Benarlah Azmin Ali yang dirakamkan.Tetapi siapa pula ‘pengkhianat’ yang masih ‘bekerja’ dan dibenarkan untuk menghabiskan sisa kerja itu?”.


SAMA-SAMA KITA TUNGGU EPISOD SETERUSNYA……..


No comments:

Post a Comment