Sunday 24 June 2012


Pengarah Stategik PKR Letak Jawatan



Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli telah meletak jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor pada 21 Jun 2012. Rafizi telah memegang jawatan tersebut sejak tahun 2009, semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik memegang jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Menurut Rafizi dalam halaman sosial twitternya, dia telah meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif berkuatkuasa hari ini. Sebarang persoalan berkaitan perletakan tersebut tidak ada kene mengena dengan mana-mana pihak.

“Perletakan jawatan tersebut, adalah merupakan perletakan jawatan biasa kerana saya mahu berehat, terlalu banyak jawatan yang saya pegang, dan saya akan member tumpuan pada ibadah memandangkan bulan Ramadhan yang hamper menjelang,” katanya.

“ Saya tidak pernah memegang sesuatu jawatan lebih dari 2 tahun. Apabila sudah cukup 2 tahun, saya akan melepaskan jawatan tersebut dan bergerak ke hadapan. Perletakan jawatannya tidak ada sebarang kaitan dengan politik atau hasutan,” kata dalam halaman twitter.

Walau bagaimanapun, Setiausaha Politik Kerajaan Negeri Selangor, Faekah binti Hj Husin memaklumkan dia tidak menerima sebarang surat perletakan jawatan Rafizi Ramli.

No comments:

Post a Comment