Monday 25 June 2012

Salah Guna Kuasa Sebagai Setiausaha Politik MB Selangor

Alamak..kantoii aku

Pertelingkahan dalam Parti Keadilan Rakyat yang memerintah Selangor antara Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dengan Azmin Ali telah heboh diperkatakan kini. Ini berlaku kerana desakan dari penyokong Azmin Ali yang menyokong supaya Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dipecat daripada jawatan tersebut.


Khalid Ibrahim dalam satu kenyataannya semalam mempertahankan Faekah dan berkata beliau akan guna formula Anwar Ibrahim, iaitu formula tak layan atau buat tak tahu terhadap desakan agar Faekah dipecat. Sayangnya Khalid Ibrahim kepada Faekah agak luar biasa. Pelik nie..???

Kene pecat la aku nie...

Sebuah firma guaman Sidrek Zeenat Asyiqin & Associates telah menghantar surat kepada Faekah Husin selaku Setiausaha Politik MB Selangor memohon dilantik sebagai panel peguam kepada GLC Negeri Selangor. Butiran firma guaman tersebut seperti di bawah


Semakan terhadap individu yang menhantar surat kepada Faekah Husin mendapati, ia telah dihantar oleh Zeenat Asyiqin Binti Dato’Ahmad Zaki yang merupakan anak saudara kepada Faekah Husin. Anak kepada abang Faekah, Dato’ Ahmad Zaki Husin yang kami difahamkan beliau adalah bekas Ketua Pengarah BPR satu masa dulu.

Faekah Husin menghantar satu surat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad(PNSB), Dato’ Haji Ahmad Bin Omar, menggunakan "letter head Pejabat MB Selangor" meminta agar firma guaman anak saudaranya diberi peluang sebagai panel peguam kepada PNSB.

Tujuan Faekah Husin menggunakan "letter head dari Pejabat MB Selangor" adalah untuk mempengaruhi PNSB supaya melantik firma guaman Sidrek Zeenat Asyiqin & Associates yang kepunyaan anak saudaranya.

Faekah telah menyalahgunakan kuasa dalam memberi peluang kepada adik beradiknya yang bertentangan dengan peraturan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor supaya tiada sebarang sokongan surat untuk hal-hal berkaitan dengan perniagaan. 



No comments:

Post a Comment