Tuesday 18 March 2014

Episod 2 (Check-Mate terhadap Wan Azizah & Nurul Izzah)

Tiba-tiba terbongkar kisah sensasi permohonan perceraian fasakh oleh Nurul Izzah, anak sulong Wan Azizah dengan suaminya Raja Ahmad Syahrir. Sebenarnya permohonan sudah difailkan lama, dan tiada sesiapa pun mengetahuinya kecuali peguam, Mahkamah dan beberapa inner-circle dalam PKR.

Tiba-tiba Ahad 26 Jan lepas, berita permohonan perceraian itu terbongkar. Ada sumber dalaman PKR telah mendedahkannya kepadapara blogger dan media arus perdana. malah ada menerima transkrip terperinci sebab-sebab permohonan perceraian itu dimohon oleh Nurul Izzah, termasuk gambar seorang jejaka yang agak 'jambu' turut disebarkan.

Nurul Izzah adalah Naib Presiden PKR, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan rising star didalam PKR. Malah beliau pernah menyatakan hasrat menentang orang kanan Anwar Ibrhim untuk jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan lalu. Beliau penyokong kuat ibunya Wan Azizah dan Khalid Ibrahim.

Sebarang sokongan terbuka daripada Nurul Izzah, disertai sokongan terbuka ibunya Wan azizah terhadap kepimpinan Khalid Ibrahim sebagai MB akan menyukarkan sebarang cubaan untuk menjatuhkan Khalid.

Jadi Wan Azizah dan Nurul Izzah harus dikekang!

Pembongkaran kes permohonan cerai fasakh oleh Nurul Izzah dengan segala kisah sensasinya menjadi check-mate terhadap Wan Azizah dan Nurul Izzah. Bagaimana mungkin sekarang Wan Azizah dan Nurul Izzah mahu memberikan sokongan terbuka kepada Khalid - pasti mereka akan dicemuh supaya pergi urus hal rumahtangga engkau sendiri lah!

Lalu Khalid terkonteng-konteng keseorangan, tanpa sokongan Presiden dan Naib Presiden, tanpa sebarang jawatan dalam parti. Hanya tinggal DAP dan PAS menjadi sandaran akhir Khalid!

No comments:

Post a Comment