Thursday 2 May 2013

Izzah Takott...Sejarah Silam Terbongkar..


AIDCNews – 02/05/13 – “Nurul Izzah tetap kalah di Lembah Pantai bukan disebabkan video ini,” kata pembaca yang mengirim satu video tanpa tajuk berdurasi 1:15 minit.

“Bukan sebab video ini,” ulangnya sekali lagi, sambil menambah, “tetapi disebabkan sikap angkuh dan budaya elit Nurul Izzah yang diwarisi dari darah ayahnya, Anwar Ibrahim.

“Selain itu, kenyataan Nurul Izzah sokong murtad dan LGBT mengguris sentimen pengundi Melayu-Islam,” tambahnya lagi.



Pendapat pembaca itu hampir sama dengan kenyataan bekas Setiausaha Politik Zuraida Kamaruddin, Fareez K. Intidzam yang berkata Nurul Izzah adalah seorang yang sangat bijak memanipulasi keadaan dengan berbekalkan peribadi santun dan Islamik walhal hakikatnya moralnya adalah sangat buruk.



Menurut beliau, umat Islam harus kenang kembali bahawa Nurul Izzah secara terbuka pernah menyokong pelaksanaan akta kebebasan beragama dan hak LGBT andai Pakatan menang kelak.

Sebagai seorang Islam, tambah beliau setiap umat Islam sama ada ahli PKR, PAS, Umno hatta DAP sekalipun harus sedar bahawa setinggi mana inspirasi politik, kedaulatan Islam tidak sepatutnya diinjak-injak sewenangnya

No comments:

Post a Comment