Wednesday 16 May 2012


PAKATAN DAP DAN PAP


Kisah Lim Guan Eng bertemu dengan Ahli Parlimem Singapura telah heboh diperkatakan di media. Betulkah beliau berbuat demikian kerana mahu mengukuhkan hubungan partinya dengan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura atau kedua-duanya ada agenda tertentu di sebalik hubungan tersebut?

Penulis tak nak buat spekulasi, nanti dituduh tali barut UMNO. Tapi ayuh kita tatapi fakta-fakta berikut:


DAP dan PAP mempunyai 'hubungan sejarah' yang bermula apabila Singapura masih sebahagian daripada Malaysia lebih 40 tahun lalu.'DAP ditubuhkan bagi menggantikan PAP pimpinan Lee Kuan Yew ketika itu, yang disingkir daripada Malaysia pada tahun 1965. Hubungan DAP-PAP semakin strategik ketika ini apabila Ketua Menteri Pulau Pinang 'kerap' berkunjung ke Singapura. 'Sejak DAP menguasai Pulau Pinang selepas pilihan raya umum lalu, beberapa pemimpin utama Singapura termasuk (Lee) Kuan Yew melawat negeri tersebut.

Pertemuan rasmi lagi rahsia di antara LGE dengan pemerintah PAP disorokkan dari pengetahuan umum - kalau dah tak ada apa-apa, kenapa nak sorok?

 Lim Guan Eng menafikan sebarang pertalian di antara DAP dan PAP sedangkan di dalam wikipedia DAP sendiri menyatakan kaitan DAP dan PAP cukup kuat. Wikipedia DAP menyebut - DAP (Democratic Action Party) ditubuhkan pada 1965 selepas usaha untuk mengekalkan cawangan parti PAP (People Action Party) yang ada di Malaysia tidak dibenarkan oleh Pendaftar Pertubuhan. Pada Oktober 1967, DAP mula menyertai pertubuhan Socialist International yang berpusat di London, United Kingdom. Socialist International menjadi satu "network" kepada semua parti sosialis di seluruh dunia. Salah satunya termasuklah Israeli Labour Party di Israel yang memperkenalkan konsep "Middle Israel”. Pemimpin Labour Party iaitu Ehud Barak (bekas Perdana Menteri Israel) adalah merupakan salah seorang Naib Presiden bagi pertubuhan Socialist International. Ngeh Koo Ham (ADUN Beruas) juga adalah ahli kepada International Socialist.

Kembali kepada rancangan DAP dan PAP, jika diperhalusi anda akan nampak betapa perancangan DAP sudah mendatangkan hasil apabila orang melayu sendiri menyokong mereka dalam melaksanakan agenda Malaysian Malaysia. Perancangan sulit DAP untuk menukarkan negara ini menjadi sebuah republik berjalan lancar. Pernah dedahkan lirik lagu kebangsaan sudah pun ditukar dan dinyanyikan oleh DAP semasa pilihanraya kecil Parlimen Sibu.

Seluruh negara tidak tahu bahawa Singapura memang merancang untuk kembali bersatu dengan Malaysia, tetapi dengan bersyarat Umno harus dihapuskan. Itulah kenyataan Lim Kuan Yew. Ketika Singapura bersatu dengan Malaysia disinilah bermulanya bangsa melayu dan bumiputra menjadi minoriti apabila plan yang dirancang pada 1963 akan berjaya. Apabila parlimen dikuasai oleh DAP dan pakatan,mereka akan menggunakan kuasa yang ada untuk menerima masuk negeri atau wilayah ke dalam persekutuan.

Saat penerimaan Singapura menjadi salah satu negeri di dalam Malaysia. Lim Kuan Yew dan PAP akan menuntut semula bahawa rakyat Singapura boleh mengundi di seluruh kawasan, negeri Semenanjung. Ketika itu kemasukan rakyat Singapura sudah pasti akan mengatasi jumlah majoriti kaum melayu dan bumiputra. Dalam masa yang sama kerusi parlimen yang ditandingi sudah pasti akan menempatkan calon-calon yang dikehendaki oleh DAP.

Sebelum ini ramai yang berasakan adalah tidak mungkin negara ini akan jatuh ke tangan asing. Sebenarnya inilah realiti dan perancangan yang dibuat secara halus hinggakan orang melayu gagal sama sekali untuk melihat disebabkan perbezaan fahaman politik.

No comments:

Post a Comment