Wednesday 9 January 2013

Di Tangkap Oleh JAIPP

Semalam hari Rabu, 2 orang lelaki dan seorang wanita datang ke Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) kerana dikehendaki untuk disoal siasat tentang kes khalwat. Beb!!!! Dua lelaki satu pompuan tu!!!! Giler ganas.  Yang lebih ganasnya, budak-budak laki tu umurnya 20 tahun ke atas tapi perempuan tu umurnya 16 tahun. Giler punya hippies.
Kami panggil mak ayah budak perempuan tu datang ke pejabat agama untuk diberikan tarbiah. Tarbiah??? Errrrr, agak sesuai kalau Tasyqil terusssss.. Rupanya mak bapa si budak perempuan tu pun tak betul. Boleh pula bapa si budak perempuan tu cakap macam ni kat pegawai agama,

"Budak-budak sekarang. Biasa laaaaa tu kalau tumpang-tumpang tidur kat rumah kawan-kawan. Sekarang laki perempuan bukan muhrim pun duduk sebumbung. Nak buat macam mana... Yang PENTING NIAT. Niat nak tumpang tidur bukannya nak buat maksiat..."

Cool kan daddy budak perempuan tu??? Niat boleh menghalalkan cara. Bukan darurat pun.... Cooooooollll!!!

Setelah berbincang dengan pegawai agama dengan mak bapak budak tu, last-last kena la saman si budak perempuan tu, RM5000 tak silap aku.... Punya laaa bengang si daddy cool tu.... Dia cakap macam ni,

"JAIPk ni bukannya Jabatan Agama Islam Perak. Tapi nama penuhnya Jabatan Asyik Intai Pasangan Khalwat... Ptuuuuiiiihhhh!!!!!" lalu Daddy cool, isteri dan anak perempuannya blah dari pejabat agama.

JABATAN ASYIK INTAI PASANGAN KHALWAT????? Suke ko laaaa labuuuuuuuuuuu......

No comments:

Post a Comment