Wednesday 16 May 2012


AGENDA DI SEBALIK NASIHAT WAN AZIZAH KEPADA AZMIN


Sekali pandang kita mungkin tidak nampak agenda di sebalik persoalan kenapa Datin Seri Wan Azizah menggesa Timbalannya, YB Azmin Ali, menemui ibunya sendiri untuk menyelesaikan masalah peribadi yang timbul di antara keduanya. Apalah sangatkan…..mungkin itu nasihat ikhlas kerana Azizah sendiri adalah seorang ibu.  Sebagai seorang ibu, beliau tentu mahukan perselisihan ibu dan anak diselesaikan dengan baik. Mungkin beliau sendiri tersentuh melihat linangan airmata dan rintihan ibu Azmin di kaca televisyen tempoh hari.

Wan Azizah mungkin percaya yang Azmin telah lama tidak bertemu ibunya. Mana tidaknya, Ummi Hafilda sendiri tampil membuat kenyataan bahawa abangnya itu tidak pernah bertemu dengan ibunya sejak 1998 walaupun Azmin mengatakan beliau SELALU bertemu ibunya.  Takkan Wan Azizah, sebagai seorang ahli politik dan orang kuat pembangkang mahu melihat isu ‘ANAK DERHAKA’ ini terus dipolitikkan oleh UMNO dan BN seandainya Azmin tidak menyelesaikannya secepat mungkin. Tak kering lagi dengan isu ‘PROJEK DALAM TANDAS’, ini dah ‘SI TANGGANG MODEN’ pula.  Wan Azizah juga sudah tentu tidak mahu rakyat terus mempercayai semua cerita negatif mengenai Azmin yang secara tidak langsung akan mencemar kredibiliti PKR. 

Tapi tidakkah kita terfikir bahawa sememangnya hubungan Wan Azizah dengan Azmin sememangnya bermasalah?  Dari kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan Azmin, sudah dapat diagak bahawa Azmin dan ibunya memang sedang menghadapi masalah.  Wan Azizah sudah tentu tahu perkara ini juga. Justeru, timbul tandatanya kenapa Wan Azizah mengeluarkan juga kenyataan seumpama itu, mengetahui ia akan digunakan musuh-musuh politik PKR untuk mengukuhkan dakwaan yang dikenakan keatas Azmin - SI TANGGANG MODEN!!

Benarkah seperti yang didakwa ramai orang bahawa Wan Azizah mengambil kesempatan dari konflik hidup yang berlaku terhadap Azmin ini sebagai peluang untuk menjatuhkan Azmin?  Bukanlah satu rahsia, Azmin tidak menjadi pilihan Wan Azizah untuk menjadi gandingannya sebagai Timbalan Presiden sewaktu pemilihan nasional 2010 berlangsung.  Malah, dakwaan hubungan sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan isteri Azmin, Shamsidar Taharin sehingga Shamsidar melahirkan anak hasil hubugan tersebut juga dikatakan mempengaruhi pertimbangan Wan Azizah terhadap Azmin.  Apatah lagi keengganan Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan tuduhan tersebut melalui ujian DNA mungkin turut memberi kesan terhadap pertimbangan Wan Azizah.

Apa-apa pun terpulanglah kepada kita untuk membuat penilaian sendiri.  Sebab tu Tuhan beri kita akal supaya kita dapat berfikir dan memilih pemimpin yang macam mana yang kita mau.  Adakah kita mau yang jenis suka ambil kesempatan, adakah kita mau yang ada tabiat songsang atau yang macammana?

1 comment:

  1. Azmin yang tak kenang budi mak dia..kesihan

    ReplyDelete