Tuesday 22 May 2012

KESAN BERSIH 3.0


SIAPA HARUS DIPERSALAHKAN JIKA JEMAAH HAJI MALAYSIA TIDAK DIBENARKAN MENUNAIKAN HAJI DALAM MUSIM HAJI AKAN DATANG ATAU TIDAK DIBENARKAN MENGERJAKAN UMRAH




EDISI 1

Takut rasanya apabila memikirkan betapa tindakan penyokong-penyokong BERSIH 3.0 akan menyebabkan ramai jemaah haji Malaysia tidak akan dapat menunaikan haji dalam musim haji akan datang. Ini bukan kenyataan aku yang buat tetapi kenyataan yang datangnya dari mulut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di mana dinyatakan bahawa Arab Saudi sedang mempertimbangkan mengenakan sekatan kepada jemaah haji dan umrah rakyat Malaysia, kerana segelintir rakyat negara ini mengadakan perhimpunan haram Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah baru-baru ini. Jamil Khir berkata perkara itu dinyatakan oleh Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Fahad A. H. Al-Rashid. Perhimpunan haram seperti ini sangat sensitif kepada kerajaan Arab Saudi, ditambah dengan keadaan di Timur Tengah yang baru sahaja dilanda gejolak “kebangkitan Arab”, di mana rakyat dihasut untuk menentang kerajaan-kerajaan mereka. 

Aku mungkin tak pandai ugama seperti “ulamak-ulamak” PAS yang sentiasa hebat hingga mempertikaikan Fatwa yang dikeluarkan tetapi suatu yang pasti aku tahu ialah….kenapa Mekah dan Madinah hendak dilibatkan sama sedangkan ia merupakan tempat suci bagi orang Islam. Ia sepatutnya menjadi kawasan berkecuali dan hanya aktiviti ibadah sahaja dilaksanakan di sini. 

Aku tak tahulah siapa yang akan menanggung dosa jika ramai rakyat Malaysia tidak dapat menunaikan haji dan Umrah kerana tindakan bodoh pemimpin pembangkang semasa Bersih dahulu.


Mungkin nanti akan keluar fatwa baru daripada pemimpin-pemimpin PAS yang mendakwa bahawa apa yang terjadi adalah dugaan Allah. Aku percaya ini boleh berlaku sebab mereka merasakan mereka sahaja yang betul.

Kalau benarlah Arab Saudi akan menyekat visa untuk menunaikan haji dan umrah kepada rakyat kita sebagai pengajaran maka kasihan lah kepada mereka yang sepatutnya pergi pada musim ini tetapi  tidak dapat pergi……

Sekali lagi mari kita lihat siapa yang harus dipersalahkan dalam isu ini:

AMBIGA – orang bukan Islam yang akan menyebabkan  umat Islam tidak akan dapat menunaikan haji sama seperti tindakannya membantu Lina Joy kekal kafir.
ANWAR –orang Islam yang sedar tentang perkara ini tetapi sengaja melakukannya untuk menunjukkan kepada dunia bahawa apa yang dilakukannya adalah benar.
AZMIN – pembantu setia yang akan melakukan apa sahaja bagi memenuhi kehendak bossnya dan dirinya.
AAA – ramai lagi mereka yang bermula dengan huruf A atau ditengah namanya A.

No comments:

Post a Comment