
Namun bila kuasa di tangan, pakatan ini bukan sahaja gagal memberikan khidmat yang terbaik malah tidak ada pembangunan dan kemajuan yang dibuat untuk rakyat.
Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan berkata, sepanjang Datuk Dr Zainal mewakili PKR di Parlimen Hulu Selangor, tidak ada kemajuan atau pembangunan yang dibawa sedangkan kerajaan Selangor ketika itu merupakan kerajaan yang dipimpin oleh kerajaan pakatan.
"Janji mereka memang terlalu banyak, mereka kata nak buat pelbagai perkara. Tiga puluh (30) perkara lebih yang mereka keluarkan dalam manifesto, hanya satu sahaja yang dibuat, air percuma itupun tidak dilaksanakan sepenuhnya.
Saya sendiri tertanya-tanya apa pembaharuan yang dibuat oleh pakatan ini di Selangor, khususnya di Hulu Selangor antara tahun 2008 hingga 2010. Mereka sendiri tidak dapat menjawab sedangkan Pengerusi Komunikasi mereka sendiri, Nik Nazmi dalam satu program pidato, beliau katakan banyak yang telah dibuat tetapi memberikan contoh iaitu membekalkan bekalan elektrik kepada satu perkampungan orang asli, tetapi bila saya tanya lebih dari itu, mereka tidak dapat senaraikannya," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment