Wednesday 7 November 2012

'NASI LEMAK' 20 SEN


"Siapa dia ini?," soal saya kepada gadis Melayu duduk di sebelah. 


"Entah! Hey! You!," ujar gadis manis itu.

Namun gadis 'bertudung' litup di atas tidak langsung mendongak. Lalu saya mula merakamkan gambarnya secara keseluruhan mengikut sudut bersesuaian.


Dia gadis Thailand, antara pelayan pelanggan, GRO, diberkas oleh pasukan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian, D7 Ibu Pejabat Polis Kontingen, IPK Kuala Lumpur pada sekitar jam 12.20 malam tadi.

Operasi diketuai oleh Pegawai Turus D7 IPK Kuala Lumpur, DSP Azman Mohd Isa.



"Dalam operasi kali ini kita menahan 50 GRO warga Thailand, Indonesia dan Filipina dan mereka akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana bekerja tanpa menggunakan permit sah. Selain itu kita juga memberkas lapan pekerja warga asing dan akan disiasat di atas kesalahan sama," ujar DSP Azman.


Tambah beliau, hasil serbuan di dua premis beroperasi tanpa lesen itu, dua warga tempatan turut ditahan kerana  menggajikan pekerja negara asing tanpa permit sah.

Pusat hiburan terbabit agak gelap dan sejuk.

Namun majoriti GRO bertugas berpakaian seksi dan menggunakan keluasan kain minimum di tubuh mereka.

Berikut antara gambar saya rakamkan untuk membuktikan kenyataan di atas benar. 


'Nasi lemak' 20 sen, barangkali sebilangan pelanggan gemar. Biarpun tidak begitu mengenyangkan tetapi jika dimakan banyak bungkus tetap memuaskan.

Sendawa. 

It is about quality not quantity.


Bertubuh kurus, saya percaya majoriti GRO kesejukan bekerja di premis terbabit justeru memerlukan pelanggan untuk memanaskan tubuh terdedah. 


Tidak hairan, biarpun sudah diserbu 3 kali sepanjang tahun ini, dua premis hiburan di Sri Hartamas, Kuala Lumpur itu masih terus degil beroperasi.

"Kali terakhir kita menyerbu premis ini, malam di ambang merdeka," tambah DSP Azman.

Pelatih program 999 dari Universiti Putra Malaysia di bawah sempat berbual mesra bersama 2 gadis tempatan turut diperiksa.

Belajar baik baik, ilmu berada di mana jua.


"Saya pelanggan bukan bekerja di sini," dakwa gadis duduk di kanan sekali.

Saya tidak bertanya, dia membuat kenyataan tanpa dipaksa.

Jika dia pekerja di premis itu sekalipun, hanya penguat kuasa Jabatan Agama Islam berhak untuk menangkapnya. Tanpa segan silu dia meneguk arak dari beer tower sebelum dibawa ke kenderaan polis menunggu di luar premis.


GRO di bawah menangis tanpa henti. Sedih benar saya melihat dia.


Barangkali dia berasa bimbang kerana cuaca di luar agak panas berbanding suhu di dalam premis dia bekerja namun rakannya tidak menghadapi sebarang masalah.


Di manakah dia membeli baju sebegitu? Keliru saya, coli atau layak digelar pakaian? Untuk rekod, sewaktu merakamkan gambar di atas, saya memejamkan sebelah mata.

... akibat silau melihat warna putih kulitnya.


Sebaik mereka semua diarah berjalan ke kenderaan, saya menunggu dengan penuh sabar. Menunggu untuk merakamkan wajah gadis 'bertudung' tadi ...


Klik!

Saya amat bernasib baik, pose istimewa ini berjaya diabadikan.


Usah bimbang, bulan hadapan datang kembali.

No comments:

Post a Comment