Tuesday 9 October 2012

Penyelewengan UNISEL ...
 

Penyalahgunaan kuasa Pemangku Pendaftar (Mohamad bin Sulaiman) sewaktu menjadi ahli JK Induk istiadat Konvokesyen UNISEL sejak beberapa lama. Beliau menggunakan kuasa dan pengaruh beliau untuk mendapat untung hasil jualan folder graduan melalui pembelian terus dari syarikiat kroni dan seterusnya beliau menjual kembali kepada UNISEL. Beliau turut menggunakan pengaruh untuk menganugerah kontrak membuat blazer kepada syarikat mlik rakan beliau. Maklumat ini ada pada mantan Pengurus Besar Sumber Manusia dan Ketua Pustakawan UNISEL.


Penyelewengan kuasa dan subahat Pemangku Pendaftar, Pengurus Sumber Manusia (Dr. Abd Hakim Ghani) dan Penolong Pendaftar Sumber Manusia (Safura Mohd Aris) menggunakan kertas kerja yang disiapkan sendiri untuk menaikkan gaji tanpa melalui prosedur sepatututnya.  Aduan demi aduan yang disalurkan secara rasmi oleh staf-staf yang lain dipandang sepi oleh pengurusan. Dalam masa yang sama, hak-hak pegawai dan staf lain tidak diendahkan oleh Pengurusan Tertinggi yang langsung tidak mengenai hal sepenting ini. Ini sangat menimbulkan kemarahan keseluruhan staf yang lain.


 Kegagalan ketiga-tiga pengurusan tertinggi UNISEL untuk mengambil maklum isu-isu yang penting akibat konflik sesama sendiri. Terdapat satu perancangan halus oleh TNC HEP untuk menumbangkan dua lagi TNC. Ini menyebabkan UNISEL gagal bergerak ke hadapan hingga membawa kepada masalah kepada kerajaan negeri serta turut gagal menjadi contoh IPT milik Selangor. Malang sekali mereka semua ini dikaitkan sebagai pendokong kuat PR serta punya jawatan di dalam komponen PR.


Mohon dibuat siasatan hingga ke peringkat SELCAT. Ini bukan fitnah mahupun tuduhan melulu. Ia perlu disiasat dengan telus dan tanpa pilih kasih.Jika tidak benar dakwaan-dakwaan ini, amat bagus sekali. namun, jangan asyik mendengar cakap orang-orang besar dan berkepentingan sahaja. Akarumbi yang menjadi penentu jatuh bangun sesebuah organisasi. Jadi, perlu satu tindakan konklusif kerana dilihat seolah-oleah kerajaan negeri tidak melihat UNISEL ini satu wadah untuk dijadikan contoh tatakelola dan tadbirurus menurut model PR. UNISEl yang gagal pasti menjadi satu conyoh kegagalan PR.


Ini adalah info terakhir yang disalurkan secara khusus kepada pimpinan kerana tidak pasti sama ada isu-isu dan masalah UNISEL dilihat penting oleh Kerajaan dan Pimpinan PR Selangor terutamanya. Banyak lagi isu-isu yang belum didedahkan sebenarnya. Info-info selanjutnya akan disalurkan menerusi media-media utama dan blog sahaja selepas ini kerana kami juga sangsi apakah akan ada respon dari pihak yang punya kuasa dan orang "patut-patut" untuk menyelesaikan kemelut UNISEL yang amat serius.

5 comments:

  1. syabas atas posting.... jgn ada pilih kasih ...jgn pandai menyalahkan BN.... salah sendiri jgn pulak selindung...

    ReplyDelete
  2. ishhh... ca ni pun ada ... apa lagi... SELCAT lah ...

    ReplyDelete
  3. TNC HEP UNISEL tu ahli majlis mesyuarat PAS Selangor ....juga ahli Biro Pendidikan PAS Pusat.... baru ni bawak masuk boss dia Datuk Abu Bakar Cheek ngajo UNISEL ....

    ReplyDelete
  4. layari reformunisel.blogspot.com ...

    ReplyDelete
  5. naik gaji sendiri pun boleh ka di Unisel
    Dasar makan duit Haram Jadah

    ReplyDelete