JANJI pakatan memang bukan untuk ditunaikan. Mereka hanya pandai
berjanji sedangkan yang melaksanakan adalah kerajaan Barisan Nasional.
Apabila tidak dapat menunaikan janji maka disalahkannya Barisan Nasional
kerana tidak membantu rakyat. Itulah perangai bangsat puak pakatan ni.
Inilah yang terjadi baru-baru ini di Sabak Bernam dimana calon
parlimennya adalah Aziz Bari dari PKR. Penduduk kampung Sungai Tengar
Utara telah dijanjikan dengan pemberian hak pemilikan tanah yang sedang
mereka usahakan sebelum pembubaran parlimen lagi. Perkara ini telah
diuruskan oleh PKR Sabak Bernam melalui Aziz Bari yang kononnya mahu
memberi harapan baru kepada penduduk Sabak Bernam.
Para penduduk Sungai Tengar Utara, Sungai Air Tawar diminta untuk
membayar RM380 untuk kerja-kerja mengukur tanah kepada Kerajaan Negeri
Selangor melalui Pejabat Tanah Daerah Sabak Bernam. Seramai 300 orang
penduduk kampung telah membayar RM380 dengan harapan perkara ini akan
selesai kerana sudah lebih 2 tahun sejak pakatan memerintah mereka masih
belum mengetahui status tanah yang sedang mereka usahakan dengan
tanaman-tanaman kontan seperti sayur.
Tapi malangnya, selepas hari penamaan calon 20 April yang lalu, satu
majlis telah dibuat oleh PKR Sabak Bernam dan memanggil semua 300 orang
penduduk kampung untuk memulangkan semula duit upah ukur tanah RM380
beserta duit 'tutup mulut' RM120 kepada semua pemohon. Dengan bangganya
Aziz Bari mengatakan kepada pemohon yang hadir bahawa kes ini telah
selesai dan tidak perlu dibesar-besarkan.
Dengan merasuah penduduk Kampung Sungai Tengar Utara, Aziz Bari
beranggapan yang dirinya akan selamat namun ternyata meleset apabila
penduduk kampung akan menentang PKR habis-habisan. Dan yang lebih
musykil apabila tanah yang dipohon oleh mereka sejak sekian lama dan
telah pun diusahakan dikatakan perlu dipulangkan kembali kepada
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
Mana janji Aziz Bari yang dikatakan pakar undang-undang telah berjanji
mahu membawa kes ini ke mahkamah berdasarkan Artikel 8 Perlembagaan
Persekutuan yang mengatakan hak tanah ini milik sama rata. Sampai
sekarang Aziz Bari tidak langsung memberi sebarang jawapan. Dengan hanya
memberi RM120 sebagai duit 'tutup mulut' Aziz Bari beranggapan perkara
ini telah pun selesai.
Ternyata pemimpin pakatan hanya pandai berjanji, tetapi tidak pernah ditepati.
Hari ini, lebih kurang 38 orang ahli serta penyokong pakatan Sabak
Bernam telah menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Pemangku Ketua
Bahagian Sabak Bernam, Dato' Warno Dogol bagi UMNO cawangan Simpang 4
BNO dan berikrar akan memberikan sokongan dan undi mereka kepada
calon-calon dari Barisan Nasional.