"Anda tahu orang Melayu sudah muak dengan DAP. Mereka mendakwa kononnya
bersikap demokratik tetapi adakah mereka lebih demokratik daripada kami
(Barisan Nasional).
"Saya setuju dengan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek. DAP hanya memperjuang
satu kaum sahaja dan jika anda mahu tahu, tanya Tunku Aziz (Tunku Abdul
Aziz Ibrahim), beliau akan beritahu anda (wajah sebenar DAP)," kata
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional semasa berucap merasmikan
Perhimpunan Agung MCA Ke-59 di Wisma MCA, Ahad lalu.
Dalam wawancara Mingguan Malaysia (30 September lalu), Tunku Abdul Aziz
mengaku telah melakukan kesilapan besar dalam hidupnya kerana menyertai
parti politik apatah lagi DAP.
"SAya menyertai DAP kerana mereka mendakwa mereka sebuh parti pelbagai
kaum namun sebenarnya jauh tersasar. Mereka telah memberi gambaran jelas
kepada saya bahawa mereka bukan demokratik. Pada awalnya saya fikir
mereka adalah sebuah parti demokratik tetapi itu bukanlah satu
kebenaran.
"Kononnya mereka mengamalkan budaya kebebasan bersuara. Macam-macamlah
mereka kata seolah-olah mereka juara dalam semua perkara. Semua yang
dikatakan hanyalah retorik semata-mata. Apabila berdepan dengan realiti
mereka tidak melakukan apa yang dikatakan sebelum ini. Itulah parti DAP.
"Lihat sahaja contoh Datuk Mansor (Timbalan Ketua Menteri II), kononnya
kebebasan bersuara dibenarkan dalam DAP. Betulkah? Sehingga paksa untuk
menafikan apa yang diperkatakan," kata Tunku Aziz.Beliau juga hakikat sekiranya orang Melayu yang menyertai DAP merasakan
parti tersebut akan membela nasib mereka orang dan orang Melayu, mereka
salah. Sehingga kini, tidak ada bukti yang DAP telah dan akan
memperjuangkan nasib orang Melayu.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sehingga hari ini enggan
memberi penjelasan berhubung tindakan kerajaan DAP negeri itu tidak
membelanjakan wang dalam Akaun Amanah Perumahan Bumiputera berjumlah RM
33.36 juta.Jika peruntukan itu digunakan sekurang-kurangnya ada juga projek
perumahan kos rendah untuk golongan bumiputera berpendapatan rendah
membelinya. Dan bukan kerajaan negeri itu bertindak melayan pemaju untuk
membina rumah mewah yang harganya jauh daripada kemampuan bumiputera.
Melayu memang sudah muak dengan permainan politik DAP.Beberapa Melayu
dalam DAP sedar bahawa parti politik itu hanya berminat untuk
mempergunakan sentimen kemelayuan pemimpin Melayu dalam DAP sahaja. DAP
cuma mahu mempergunakan Melayu untuk memancing undi orang Melayu.
Lebih membimbangkan ialah sikap DAP yang anti-Islam dalam banyak pekara.
Isu penghinaan pemimpin DAP terhadap agama Islam belum ada tanda-tanda
berakhir. Parti itu lupa Melayu dan Islam sukar dipisahkan.
Dalam perjuangan DAP tidak ada sebarang agenda Islam. Ketegasan
pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa partinya akan menentang habis-habisan
sebarang cubaan melaksanakan hukum hudud jika pembangkang menang dalam
pilihan raya umum akan datang adalah kenyataan biadap dan tidak
menghormati perjuangan politik sekutunya- orang Melayu dalam Pas.
Sudah menjadi amalan DAP untuk mempolitikan semua perkara tetapi tidak mungkin hal ehwal perjuangan membina negara Islam pun DAP mahu masuk campur.Jika dilaksanakan pun, orang bukan Islam tidak terlibat dalam hukum hudud.
"DAP sering memperlihatkan sikap rasis dalam banyak perkara
terutamanyaperkara yang berkaitan agama dan kepercayaan. Janganlah kita
terpengaruh dengan janji manis mereka yang kononnya turut berjuang untuk
Orang Melayu," kata Tunku Abdul Aziz.
Beliau menasihatkan orang melayu bangkit dan sedar sebelum terus
dipergunakan oleh pemimpin.
DAP. Hakikatnya umat Melayu perlu melihat keangkuhan serta perjuangan sebenar DAP dan sokongan kepada parti itu wajar dihentikan.Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali baru-baru ini berkata, orang Melayu dalam DAP hanya hiasan sahaja. Amalan mereka sejak dulu lagi tidak menghormati asas perlembagaandan bersifat cauvinis serta sentiasa bermian api bagi mengekalkan sokongan orang china.
DAP. Hakikatnya umat Melayu perlu melihat keangkuhan serta perjuangan sebenar DAP dan sokongan kepada parti itu wajar dihentikan.Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali baru-baru ini berkata, orang Melayu dalam DAP hanya hiasan sahaja. Amalan mereka sejak dulu lagi tidak menghormati asas perlembagaandan bersifat cauvinis serta sentiasa bermian api bagi mengekalkan sokongan orang china.
Orang Melayu yang masih ada dalam DAP atau penyokong parti itu perlu
sedar mengenai perkara yang diberitahu Tunku Aziz supaya kedudukan dan
hak Mekayu tidak dipermainkan.
Lihatlah bagaimana DAP dan PKR berjaya memesongkan perjuangan asal Pas
untuk membina negara Islam bertukar kepada perjuangan negara kebajikan.
Melayu dalam Pas juga perlu sedar, sebenarnya mereka melakukan kerja
sia-sia termasuk menganjurkan Himpunan Hijau menuju ke Putrajayakerana
akhirnya parti paling dominan dalam pakatan pembangkang ialah DAP yang
jelas menentang Islam. Matlamat kerjasama, PAS Dap dan PKR hanyalah
untuk mennag kerusi sahaja.
MEnurut pemerhati politik, Datuk Hashim Suboh, politik Malasysia telah
kehilangan nilai. Pemimpin dan Parti politik semakin tidak demokratik
dan menyalahgunakan demokrasi. Sementara serangan terhadap Perlembagaan
Persekutuan dilakukan secara berterusan dan semakin malampaui batas.
"Asas kenegaraan yang telah diinstitusikan sejak merdeka juga diserang
seolah-olah kita sedang bergelut untuk memerdekakan negara dan bukannya
berada di era mengisi, memberi makna serta mempertahankan kemerdekaan
Malaysia tercinta ini.
"Sementara semangat federalisme semakin dicerobohi, intipati utama
Perlembagaan Persekutuan yang memberikan jaminan terhadap hak-hak
setiap rakyat Persekutuan disamping memahatkan dengan jelas kedudukan
Agama Islam, Raja-Raja Melayu dan Bangsa Melayu serta Bumiputera juga
tidak terlepas daripada serangan secara lansung dan tidak lansung," kata
Hashim.
Beliau melihat dalam keghairahan sama ada untuk mempertahankan atau
untuk merebut kuasa, pemimpin Melayu Islam kini sedang berebut
menawarkan kompromi dengan menjadikan beberapa paksi utama Perlembagaan
Persekutuan itu sebagai barang gadaian dalam 'karnival melelong masa
depan' yang dinamakan sebagai Pilihan Raya Umum ke 13 itu.
"Komponen dan institusi kenegaraan wajar tampil dengan tegas untuk
melakarkan garis merah supaya politik dan pertarungan politik tidak
melampaui batas. Masanya sudah terlalu hampir. Riak dan suasana sudah
bergerak degan pantas ke awan hitam yang suram dan menggetarkan itu,"
Kata Hashim.
Hal itu perlu diberi perhatian. Persoalannya, beberapa tindakan pemimpin
DAP telah melukakan dan mengguris hati orang Melayu. Sampai bila orang
Melayu mahu membiarkan kedudukan bangsa melayu diperlecehkan, institusi
Raja Melayu dipersoalkan dan agama rasmi Islam termaktub dalam
perlembagaan pun dihina?
Tindakan ini belum mengambil kira peranan 'dalang' dalam kebanyakan
perhimpunan haram dengan tujuan jahat dan berbahaya kepada generasi muda
Melayu. Sedar atau tidak, DAP sering membaling batu sembunyi tangan.
Orang Melayu sudah banyak kali beralah. Namun ucapan maaf pun sukar didengari daripada mulut pemimpin DAP.
DAP telah pun berjaya menyampaikan isi hati mereka. Itulah pandangan mereka terhadap orang Melayu yang dituduh rasis. DAP perlu diingatkan tentang batas-batas berpolitik. Sampai bila orang
Melayu dan bumiputera yang merupakan penduduk majoriti negara ini perlu
tunduk kepada penghinaan kaum minoriti? Berbeza sungguh di negara lain, golongan minoriti sering dihina tetapi
di Malaysia sebaliknya. Lepas satu demi satu penghinaan terhadap orang
Melayu/Islam dilakukan. yang menghina pula terdiri dari kaum minoriti.
Sebagaimana kata Najib, orang Melayu sudah muak. Penghinaan terhadap orang Melayu dan Islam sudah melampau.Sebagai penduduk majoriti, orang Melayu dan umat Islam yang lain di
negara ini perlu bersatu. Jangan biar bangsa Melayu terus dihina dan
diperkotak-katikkan.
Paling penting, jangan biar DAP yang bersifat rasis ini menggugat kesejahteraan perpaduan dalam kalangan orang Melayu.
No comments:
Post a Comment