Wednesday, 20 February 2013

ULAMA TOLAK ANWAR IBRAHIM


Setelah kekalahan Jepun dan di halau keluar dari Semenanjung Tanah Melayu, Rakyat negara ini sepatutnya telah pun mendapat kemerdekaan sebenar di mana kemerdekaan yang tidak di pengaruhi oleh mana mana negara imperialis tetapi kemerdekaan rakyat ini telah gagal kerana talibarut Inggeris iaitu Sir Onn Jaafar telah mengagalkan kemerdekaan ini dan menjemput tuannya British untuk datang menjajah semula Tanah melayu.

Menurut talibarut besar Inggeris ini Orang Melayu hendak buat jarum pun tak tahu, inikan pula hendak memerintah negara.





Sebenarnya Sir Onn Jaafar di samping menjadi barua kepada british dia juga merasa amat bimbang kepada kemerdekaan rakyat ini lebih lebih lagi yang bakal menjadi Perdana Menteri pada ketika itu adalah Dr Burhanudin al Helmi atau pun Ibrahim Yaakop.

Maka haruslah di ingatkan bahawa sejarah kemedekaan rakyat yang telah di gagalkan oleh barua penjajah yang bernama Sir Onn Jaafar ini sudah pasti akan berulang. Di saat rakyat sedang hampir pada kemerdekaan yang sebenar dengan kesatuan yang amat kuat untuk menjatuhkan Umno hari ini telah wujud individu yang mempunyai roh Sir onn Jaafar.

Individu ini mengunakan nama agama dan bangsa untuk meneruskan kesinambungan penjajahan yang telah di warisi oleh Umno. Amatlah malang sekiranya orang yang cuba mengagalkan kemenangan rakyat ini adalah dari kumpulan yang di gelar ulama.. mereka bercakap tentang kehebatan islam. Mereka berbicara tentang perancangan Allah yang maha mengetahui tapi di sebaliknya mereka mereka ini sebenarnya tidak yakin dengan janji Tuhan.

Mereka lebih rela umno terus memerintah sebagaimana khianatnya Sir Jaafar Onn pada satu ketika dulu terhadap rakyat tanah Melayu. Jika Sir Jaafar onn takutkan Dr Burhanudin menjadi Perdana Menteri mereka ini pula amat takut anwar Ibrahim menjadi perdana Menteri.

Sebenarnya mereka bukannya takut tapi dalam hati mereka penuh dengan sifat iri hati kepada orang lain lalu mereka sanggup mengunakan ugama untuk mengagalkan kemenangan rakyat kali ini.

Ingatlah jika sekali ini rakyat terus gagal untuk menjatuhkan umno Bn maka kita perlukan 50 tahun lagi untuk itu.

Ini kalilah....

Sir Onn Nawas.

No comments:

Post a Comment