DUNGUN – Keghairahan seorang pelajar kolej untuk pulang bercuti ke kampung bersama teman lelaki bertukar detik hitam apabila dia dicekup pihak berkuasa ketika berada di sebuah bilik di hotel bajet, dekat sini, pagi kelmarin.
Pelajar terbabit, 20, yang sedang
menuntut di sebuah kolej swasta di Kota Bharu, Kelantan dikatakan baru
menamatkan peperiksaan akhir dan datang ke bandar ini untuk menemui
teman lelakinya sebelum bercadang pulang bersama ke kampung halamannya
di Temerloh, Pahang.
Bagaimanapun, pelajar jurusan diploma
sains itu tidak terus pulang ke kampung, sebaliknya mengambil kesempatan
melepaskan rindu di sebuah bilik hotel yang disewa teman lelakinya,
seorang pemandu ekskubator.
Perbuatan tidak bermoral pelajar berasal dari Kampung Ulu Jenut, Kuala Krau, Temerloh itu bagaimanapun menjerat dirinya sendiri setelah bilik penginapannya diserbu pihak Pegawai Penguat kuasa Syariah kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin.
Selepas pintu dibuka oleh teman
lelakinya, pelajar berkenaan difahamkan hanya bertuala dengan memakai
baju sendat ketat tanpa pakaian dalam manakala teman lelakinya, 21
tahun, dalam keadaan separuh bogel.
Siasatan awal mendapati pasangan itu tidak mempunyai hubungan muhrim.
Kesemua seluar, baju dan pakaian dalam milik pasangan terbabit turut dirampas sebagai bahan bukti.
Pasangan itu bakal dihadapkan ke
Mahkamah Rendah Syariah 19 November nanti mengikut Seksyen 29(a) (b)
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 atas
kesalahan perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan luar
nikah.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh
dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara tidak lebih dua
tahun atau kedua-duanya sekali. – Sinar Harian Online
No comments:
Post a Comment