Wednesday, 7 November 2012

Aksi Mabuk Separuh Bogel Novi Amalia dalam tahanan Jadi Tontonan Polis


Model terkenal negara seberang, Novi Amalia telah ditahan oleh pihak polis Indonesia selepas dia merempuh tujuh orang pengguna jalan raya baru-baru ini.

Dipetik daripada laporan detikHot, lebih mengaibkan adalah ketika ditahan, Novi yang memandu kereta Honda Jazz berwarna merah didapati berada dalam keadaan separuh bogel dan mabuk.

"Novi seolah-olah berada dalam keadaan tertekan kerana ketika ditahan, dia hanya memakai pakaian dalam. Namun apabila disuruh memakai baju, dia enggan," ujar Ketua Polis Laka Lantas Jakarta Barat, Ajun Komisaris Rahmat Dalizar.

Rahmat turut memberitahu, model berusia 25 tahun itu dikatakan memandu laju dari arah pusat bandar sebelum dia melanggar sebuah motosikal berhampiran sebuah lampu isyarat di Tamansari, Jakarta Barat sekitar jam 5.30 petang (waktu tempatan).

Novi kemudiannya melanggar seorang lelaki dan dua orang anggota polis yang cuba memberhentikan kenderaannya dan kemudiannya merempuh beberapa pengguna jalan raya lain.

Polis yang mengesyaki Novi memandu di bawah pengaruh dadah telah membuat pemeriksaan lanjut di kediaman milik Novi dan menjumpai sebotol minuman keras yang didapati sudah separuh diminum.


Penyebaran gambar aksi Novi dalam keadaan separuh bogel mendapat bantahan daripada keluarga Novi terutama gambar-gambar yang memaparkan aksi Novi di balai polis yang turut menampakkan dua anggota polis memerhatikannya beraksi dalam keadaan seperuh bogel dengan coli hampir terlucut dan seluar pendeknya terlondeh di bawah pusat dipercayai kerana mabuk.12 anggota polis Indonesia kini sedang disoal siasat berikutan terdedahnya gambar itu di internet. --sumber yahoo dan ketitik

1 comment: