Kadang2 kita
dengar tentang sesuatu benda, tanpa berfikir @ berusaha mencari maklumat yg
betul. GST adalah satu cukai baru yg akn dikenakan oleh kerajaan kpd rakyat.
Kita tlh dengar bahawa pemimpin pembangkang, menghentam kerajaan dengan isu GST
dan terpekik terlolong kononnya mereka pentingkan rakyat.
Di bawah sini
adalah senarai kebaikkan GST yang patut anda semua baca. Jangan hanya dengar
kepada satu pinak sahaja. Dengar kedua-dua pihak dan cuba imbangkannya.
Insyallah pembaca semua akan mengerti, apa itu GST. Selamat Membaca!
GST:
Manfaat serta-merta
PUTRAJAYA –
Rakyat dapat merasakan manfaat serta-merta pelaksanaan cukai barangan dan
perkhidmatan (GST) dengan menikmati harga lebih murah untuk pelbagai jenis
barang.
Pengerusi Panel
Penilaian Cukai Kementerian Kewangan, Datuk Kamariah Hussain berkata, antaranya
rakyat hanya perlu membayar GST enam peratus ketika menjamu selera di restoran
makanan segera berbanding cukai perkhidmatan lebih tinggi dikenakan sekarang.
“Kos perniagaan
lain juga berkurangan selepas GST menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan
(SST) kerana restoran berkenaan tidak lagi perlu membayar cukai jualan atas
pembelian meja, kerusi dan kemudahan lain.
“Dengan
pelaksanaan GST, peniaga boleh menawarkan harga yang lebih murah hasil
penjimatan daripada pembayaran cukai,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini
hari ini.
Kamariah
berkata, pelaksanaan GST memberi kesan kepada penurunan Indeks Harga Pengguna
(IHP) sekali gus menurunkan perbelanjaan isi rumah.
“GST akan
menurunkan IHP tetapi ini tidak bermakna IHP mesti turun selepas GST
dilaksanakan kerana jatuh naik IHP turut dipengaruhi faktor lain,” katanya.
Beliau
memberitahu, bukan semua harga barang akan menurun selepas GST diperkenalkan
dan terdapat barang tertentu yang akan mengalami kenaikan atau kekal pada harga
asal.
Menurutnya,
panduan pengguna akan diterbitkan supaya orang ramai mengetahui impak
pelaksanaan GST kepada 350 jenis barang supaya peniaga menurunkan harga barang
tersebut pada kadar yang sesuai.
“Harga untuk
minuman berkarbonat umpamanya akan menurun selepas GST menggantikan SST dan
kami mahu peniaga menyelaraskan harga secara berpatutan,” katanya.
Kamariah
berkata, kerajaan pada masa sama juga akan berbincang dan memujuk pasar raya
besar di negara ini supaya mengekalkan harga lama jika harga barang berkenaan
meningkat selepas GST diperkenalkan.
“Kami meminta
pasar raya menyerap perubahan harga yang disebabkan oleh pelaksanaan GST.
“Adalah penting
supaya pasar raya besar tidak menaikkan harga kerana terdapat juga peruncit
yang membeli barang secara pukal daripada mereka untuk dijual semula di tempat
lain,” katanya.
Kamariah
berkata, pendapatan cukai kerajaan melalui GST pada kadar enam peratus adalah
kurang berbanding perolehan SST lalu mendorong kerajaan mengambil langkah lain
untuk menampung kekurangan yang bakal berlaku.
Beliau
menegaskan, dasar kerajaan untuk melaksanakan GST bukan bertujuan mengatasi
defisit fiskal negara tetapi menyelesaikan kelemahan dalam cukai jualan dan
perkhidmatan serta mempelbagai sumber pendapatan negara.
GST
tidak sebabkan harga barang naik
KUALA LUMPUR –
Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar jangkaan sebanyak
enam peratus, tidak akan menyebabkan harga barangan naik berdasarkan imbangan
(offset) penghapusan cukai jualan dan perkhidmatan.
Pengerusi Panel
Penilaian Cukai Kementerian Kewangan, Datuk Kamariah Hussain berkata, secara
logiknya dengan pelaksanaan GST pengguna hanya perlu membayar cukai sebanyak
enam peratus berbanding lima peratus bagi cukai perkhidmatan sebanyak lima
peratus dan jualan sebanyak 10 peratus.
“Pelaksanaan GST
adalah bersifat progresif memandangkan jangkaan peratusan yang akan dikenakan
adalah pada kadar enam peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan
yang dikenakan sekarang,” katanya pada Forum GST anjuran Affin Bank Bhd. di
sini, hari ini.
Pelaksanaan GST
mampu mengurangkan kadar cukai yang dikenakan ke atas pendapatan individu dan
korporat selain meningkatkan hasil cukai serta mengelakkan berlakunya ketirisan
dalam menjana pendapatan negara.
GST bertujuan
menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperkenalkan sejak 1972,
kini diterima pakai di 143 buah negara seluruh dunia.
GST tidak
membebankan rakyat kerana pengecualian diberikan ke atas barangan keperluan
seperti produk-produk pertanian serta makanan asas.
GST juga
berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan
tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk
sektor eksport.
Katanya, ini
kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000
adalah dikecualikan daripada membayar GST.
Ditanya mengenai
pendaftaran syarikat di dalam sistem kerajaan, Kamariah berkata, buat masa ini
belum ada sebarang pendaftaran yang diterima kerana kerajaan belum membuat
sebarang keputusan mengenai pelaksanaannya.
GST
tidak membebankan
SEMPORNA –
Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan bermula pertengahan
2011 tidak akan membebankan rakyat khususnya di luar bandar.
Menteri Kemajuan
Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sebaliknya
kadar enam peratus yang dijangka dikenakan itu lebih rendah berbanding cukai
jualan dan perkhidmatan pada masa ini.
“Kabinet sudah
putuskan dan ini satu langkah yang tidak membebankan rakyat kerana langkah ini
telah diperincikan beberapa kali.
“Ia supaya tidak
ada ketirisan dari segi pungutan hasil yang sepatutnya menjadi hasil kepada
negara,” katanya.
Beliau berkata
demikian ketika ditemui pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa kebakaran
Kampung Air di Dewan Masyarakat Semporna di sini hari ini.
Turut hadir
Pengarah Kemas negeri, Mat Marsidi, Exco Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar dan Ketua
Pemuda UMNO Semporna, Mohd. Aziz Jamman.
Cukai
GST sekitar 6%
KUALA LUMPUR –
Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bermula pertengahan 2011
nanti dijangka hanya sekitar enam peratus berbanding kadar cukai jualan dan
perkhidmatan (SST) di antara lima hingga 10 peratus selama ini.
Menteri Kewangan
Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, GST juga dikecualikan ke atas
barangan keperluan seperti produk pertanian serta makanan asas bagi memastikan
ia tidak membebankan rakyat khususnya golongan miskin dan berpendapatan rendah.
Jelas beliau,
pelaksanaan GST berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini
dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan
RM1.4 bilion untuk sektor eksport.
Katanya, ini
kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000
dikecualikan daripada membayar GST.
“Kira-kira 70
peratus industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini akan diberikan
pengecualian GST. Selain itu, pelaksanaan GST juga mengecualikan
syarikat-syarikat besar daripada membayar beberapa yuran profesional.
“Jadi, sudah
tentu pelaksanaan GST memberi situasi menang-menang buat rakyat dan kerajaan,รข€ katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini
hari ini.
Ahmad Husni
menjelaskan, kebaikan GST kepada rakyat pula ialah pengecualian cukai ke atas
produk seperti padi dan sayur-sayuran serta makanan asas seperti beras, gula,
tepung, minyak masak, ikan, daging dan ayam.
Dalam
perkembangan sama, pada sidang Dewan Rakyat hari ini, Ahmad Husni buat pertama
kalinya membacakan rang undang-undang mengenai GST.
Ia mendapat
halangan apabila M. Manoharan (DAP-Teluk Intan) membantah pembentangan itu
dengan alasan terdapat banyak lagi rang undang-undang yang belum dibahaskan.
Bagaimanapun
Timbalan Speaker, Datuk Dr. Wan Junaidi Wan Jaafar menolak bantahan Manoharan
itu.
Bacaan kali
kedua dan seterusnya mengenai GST dijadual diadakan pada sidang Dewan Rakyat
tahun depan iaitu sekitar Mac.
GST yang
dicadangkan itu adalah bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia
ada.
GST:
Naik harga kena tindakan
PUTRAJAYA –
Kerajaan akan membentangkan Akta Anti Mengaut Keuntungan Berlebihan pada bulan
Mac ini sebelum pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)
dikuatkuasakan pada pertengahan 2011.
Menteri Kewangan
Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, akta itu penting bagi
memastikan tidak berlakunya aktiviti mengambil keuntungan berlebihan oleh para
peniaga.
Beliau
menjelaskan, di bawah GST kadar cukai yang dikenakan adalah sekitar enam
peratus sedangkan di bawah kadar cukai jualan perkhidmatan (SST) semasa, kadar
yang dikenakan adalah lima hingga 10 peratus.
”Akta yang akan
dibentangkan itu nanti adalah salah satu cara kerajaan melindungi pengguna jika
terdapat peniaga bertindak menaikkan harga (dengan kadar cukai lama SST) dan
menaikkan harga sesuka hati selepas GST diperkenalkan,” kata beliau.
Beliau berkata
demikian selepas taklimat media mengenai pelaksanaan GST kepada para pengarang
media di sini hari ini.
Husni berkata,
pelaksanaan GST mampu mengurangkan kadar cukai yang dikenakan ke atas
pendapatan individu dan korporat selain meningkatkan hasil cukai serta
mengelakkan berlakunya ketirisan dalam menjana pendapatan negara.
Beliau menambah,
GST bertujuan menggantikan SST yang diperkenalkan sejak 1972, kini diterima
pakai di 143 buah negara seluruh dunia.
Husni menolak
tanggapan ramai bahawa GST membebankan rakyat kerana pengecualian diberikan ke
atas barangan keperluan seperti produk-produk pertanian serta makanan asas
”Kebaikannya
adalah pengecualian cukai ke atas produk seperti padi dan sayur-sayuran serta
makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, ikan, daging dan ayam,”
kata beliau sambil menambah kadar cukai sifar dan pengecualian diperkenalkan
untuk mengurangkan beban rakyat.
Katanya,
pelaksanaan GST juga berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara
ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan
dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport.
Katanya, ini
kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000
adalah dikecualikan daripada membayar GST.
”Kira-kira 70
peratus industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini akan diberikan
pengecualian GST. Selain itu, pelaksanaan GST juga mengecualikan
syarikat-syarikat besar daripada membayar beberapa yuran profesional.
”Jadi, sudah
tentu pelaksanaan GST memberi situasi menang-menang buat rakyat dan kerajaan,”
katanya.
Kajian
mendalam GST jaga kesejahteraan rakyat
IPOH – Kerajaan
menjalankan kajian mendalam dan komprehensif berkaitan rancangan pelaksanaan
cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi memastikan ia tidak menjejaskan
kesejahteraan rakyat.
Menteri Kewangan
Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, dalam masa sama, kajian
seumpama itu penting bagi memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang
mempunyai daya saing.
”Kita telah
membuat kajian mendalam, matlamat kita adalah untuk menjaga kesejahteraan
rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan replika cek bernilai
RM300,000 untuk pembinaan pasar di Kampung Manjoi di sini hari ini.
Isnin lalu,
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Rang Undang-Undang berhubung
pengenalan GST akan dibentangkan untuk bacaan pertama pada akhir sidang Dewan
Rakyat.
Kelmarin, Ahmad
Husni berkata, kerajaan merancang mengenakan GST pada kadar enam peratus.
Mengulas lanjut,
beliau memberitahu, sebanyak 143 negara telah melaksanakan GST dan kajian yang
dijalankan turut membabitkan keberkesanannya di negara-negara terbabit.
”Dalam kelompok
negara ASEAN, selain Malaysia, hanya Brunei dan Myanmar yang belum
memperkenalkan GST,” ujar Ahmad Husni.
Kerajaan
katanya, menjangka pendapatan tahunan negara akan meningkat sebanyak RM1 bilion
dalam tempoh masa setahun selepas GST diperkenalkan bagi menggantikan cukai
jualan dan perkhidmatan.
Kajian
komprehensif GST
IPOH – Kerajaan
telah menjalankan kajian yang agak lama dan komprehensif mengenai rancangan
pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Menteri Kewangan Kedua,
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau berkata,
kajian itu penting bagi memastikan pelaksanaannya tidak menjejaskan
kesejahteraan rakyat di samping memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara
kompetitif.
“Kita telah
membuat kajian yang mendalam…matlamat kita adalah untuk menjaga kesejahteraan
rakyat,” katanya ketika diminta mengulas kebimbangan sesetengah pihak terhadap
pelaksanaan GST.
Isnin lepas, Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Rang Undang-undang berhubung
pengenalan GST akan dibentangkan untuk bacaan pertama pada akhir sidang semasa
Dewan Rakyat dan Ahmad Husni kelmarin berkata, kerajaan merancang mengenakan
GST pada kadar enam peratus.
Sebelum kita
mempercayai sesuatu berita. Kita perlu mengkaji terlebih dahulu. Jangan dengar
khabar angin dan sokong membabi buta.