SIAPA HARUS DIPERSALAHKAN JIKA JEMAAH HAJI MALAYSIA TIDAK DIBENARKAN
MENUNAIKAN HAJI DALAM MUSIM HAJI AKAN DATANG ATAU TIDAK DIBENARKAN MENGERJAKAN
UMRAH
EDISI 1
Takut rasanya apabila memikirkan
betapa tindakan penyokong-penyokong BERSIH 3.0 akan menyebabkan ramai jemaah
haji Malaysia tidak akan dapat menunaikan haji dalam musim haji akan datang.
Ini bukan kenyataan aku yang buat tetapi kenyataan yang datangnya dari mulut Menteri
di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di mana dinyatakan
bahawa Arab Saudi sedang mempertimbangkan mengenakan sekatan kepada jemaah haji
dan umrah rakyat Malaysia, kerana segelintir rakyat negara ini mengadakan
perhimpunan haram Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah baru-baru ini. Jamil Khir
berkata perkara itu dinyatakan oleh Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Fahad A.
H. Al-Rashid. Perhimpunan haram seperti ini sangat sensitif kepada kerajaan
Arab Saudi, ditambah dengan keadaan di Timur Tengah yang baru sahaja dilanda
gejolak “kebangkitan Arab”, di mana rakyat dihasut untuk menentang
kerajaan-kerajaan mereka.
Aku mungkin tak pandai ugama
seperti “ulamak-ulamak” PAS yang sentiasa hebat hingga mempertikaikan Fatwa
yang dikeluarkan tetapi suatu yang pasti aku tahu ialah….kenapa Mekah dan
Madinah hendak dilibatkan sama sedangkan ia merupakan tempat suci bagi orang
Islam. Ia sepatutnya menjadi kawasan berkecuali dan hanya aktiviti ibadah
sahaja dilaksanakan di sini.
Aku tak tahulah siapa yang akan
menanggung dosa jika ramai rakyat Malaysia tidak dapat menunaikan haji dan
Umrah kerana tindakan bodoh pemimpin pembangkang semasa Bersih dahulu.
Mungkin nanti akan keluar fatwa
baru daripada pemimpin-pemimpin PAS yang mendakwa bahawa apa yang terjadi
adalah dugaan Allah. Aku percaya ini boleh berlaku sebab mereka merasakan
mereka sahaja yang betul.
Kalau benarlah Arab Saudi akan
menyekat visa untuk menunaikan haji dan umrah kepada rakyat kita sebagai pengajaran
maka kasihan lah kepada mereka yang sepatutnya pergi pada musim ini tetapi tidak dapat pergi……
Sekali lagi mari kita lihat siapa
yang harus dipersalahkan dalam isu ini:
AMBIGA – orang bukan Islam yang
akan menyebabkan umat Islam tidak akan
dapat menunaikan haji sama seperti tindakannya membantu Lina Joy kekal kafir.
ANWAR –orang Islam yang sedar
tentang perkara ini tetapi sengaja melakukannya untuk menunjukkan kepada dunia
bahawa apa yang dilakukannya adalah benar.
AZMIN – pembantu setia yang akan
melakukan apa sahaja bagi memenuhi kehendak bossnya dan dirinya.
AAA – ramai lagi mereka yang
bermula dengan huruf A atau ditengah namanya A.
No comments:
Post a Comment