Rafizi Ramli Malu..
Debat antara Rafizi Ramli dan Khairy Jamaluddin di tonton oleh semua penyokong kerajaan dan penyokong pembangkang di siaran Astro Awani 501 pada 22 Mei 2012 jam 1000, penyokong kedua-dua pihak juga hadir untuk memberikan sokongan yang padu kepada pedebat masing-masing. Perdebatan antara kedua-dua pihak selama satu jam setengah telah menunjukkan Khairy Jamaluddin banyak memberikan fakta-fakta berbanding Rafizi Ramli.
Namun apabila melihat debat ini secara keseluruhannya, pemenangnya tetap Khairi Jamaludin yang petah bercakap dan penuh dgn fakta, berbanding dgn Rafizi yang lebih banyak memberikan soalan lebih daripada jawapan. Ini tidak menunjukkan kehebatannya berdebat kerana dari segi fakta memang tiada. Apa yang lebih ditekankan adalah perkara yang tiada kaitan dengan memperbaiki PTPN tetapi lebih cenderung bertanyakan soalan yang tidak berasas dan seperti orang yang tiada akal.
Dari segi contoh dan persediaan Rafizi masih ketinggalan, banyak angka-angka yang di sebutkan adalah tidak tepat dan merewang dan tidak nampak macam akauntan yang hebat.
Siapa bilis yang dimaksudkan oleh Rafizi, dan siapa jerung yang lepas bebas, bercakap memang senang tetapi apabila tiba masa untuk melaksanakan sesuatu yang dibicarakan memang tidak senang.
Berbanding dengan Khairi Jamaludin yang tenang menjawab semua soalan yang dikemukakan, walaupun ada soalan yang tiada kena-mengena dengan isu ini namun semua soalan dijawab dengan fakta dan angka yang tetap.
Tahniah kepada Khairy Jamaluddin dan Rafizi Ramli yang sudi berdebat Isu PTPTN dengan penuh profesional. Terima kasih kepada akhbar sinar dan astro awani yang turut menjayakan program ini.
Walau bagaimanapun PKR hanya pandai berjanji tapi BN tetap TEPATI JANJI !
No comments:
Post a Comment