Kit Siang dan barisan kepimpinan DAP seringkali menyatakan UMNO
sudah hampir hendak disemadikan di liang lahad. Para pecacai mereka yang
terdiri dari kalangan makhluk-makhluk PKR dan PAS turut mengangguk sakan, malah
merekalah yang berlebih-lebih mempromosikan doktrin Kit Siang itu.
Di sana sini Kit Siang dan bala tenteranya menabur cerita tentang
hayat UMNO yang sudah sampai ke penghujung. Para penulis upahan yang apabila
susah, ke bangunan Ibu Pejabat UMNO juga menyua muka, menadah tangan
kepada pemimpin UMNO, turut menjadi jalang Kit Siang dan DAP.
Namun kalau diperhatikan dewasa ini, banyak ulah yang dibuat oleh
para pemimpin Pakatan untuk menghadapi UMNO. Berapa banyak lakonan pentas yang
terpaksa dibuat semata-mata untuk memburuk-burukkan UMNO. Di Pulau Pinang, Lim
Guan Eng, anak lelaki Lim Kit Siang cuba memprovokasi orang Melayu yang turut
datang dalam perhimpunan hijau anti-Lynas dengan menggambarkan keburukan UMNO
kepada setiap Melayu yang hadir. Dengan sombong dan bongkaknya, Guan Eng
memberitahu Melayu-Melayu yang ada di sekelilingnya, yang dia tidak takut
dengan UMNO.
Keluarga
Pelakon Terkenal
Di merata-rata tempat, Anwar Ibrahim dan anak perempuannya, Nurul
Izzah cuba menggambarkan ahli-ahli UMNO sebagai kaum samseng yang sangat
terdesak sehingga perlu menggunakan kekasaran untuk mendapatkan sokongan dan
perhatian. Anwar Ibrahim dan anak perempuannya itu terpaksa berlakon untuk
menampakkan kebenaran dakwaan mereka.
Secara tidak langsung, sebenarnya yang kelihatan sangat terdesak
ialah kaum Pakatan yang dibintangi oleh Kit Siang dan DAP. Anwar Ibrahim dan
anaknya, Nurul Izzah pula terpaksa mendapatkan simpati daripada orang ramai
untuk terus hidup sebagai ahli politik.
Apa yang ditakuti sangat oleh Kit Siang dan barisan pecacainya
kalau benar UMNO sudah tenat dan nazak sebagaimana yang mereka dakwa?
Apa yang membuatkan Kit Siang dan barisan pecacainya terpaksa
memberitahu orang ramai bahawa UMNO sudah nazak dan sedang sampai ke penghujung
pada setiap masa?
Atau sebenarnya Kit Siang dan barisan pecacainya sudah dapat
menghidu masalah yang bakal mereka hadapi pada PRU13 akan datang kerana ulah
dan onar yang mereka sendiri lakukan?
Barisan kepimpinan Pakatan Rakyat seringkali beranggapan rakyat
Malaysia adalah bodoh dan akan menerima apa-apa sahaja yang mereka khabarkan.
Disebabkan itulah pada sepanjang masa, setiap kali pemimpin-pemimpin Pakatan
Rakyat berhadapan dengan masalah yang mereka sendiri cipta, mereka akan
cepat-cepat menyalahkan UMNO. UMNO akan dituduh menjadi dalang yang cuba
menganiaya Pakatan Rakyat.
Sedangkan pada masa yang sama, rakyat Malaysia terutama sekali
golongan yang tidak berparti sedang melihat perkembangan politik negara yang
jelas tidak memihak kepada Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat dianggap sebagai
barisan pembangkang bangang yang akan membangkang apa-apa sahaja, malah dengan
sebarang cara.
Pakatan Rakyat membangkang National Feedlot
Center sehinggakan terpaksa merekayasa cerita-cerita yang mereka sendiri
khayalkan. Malah kesanggupan mereka untuk
menipu dalam membenarkan cerita rekaan mereka, dilihat sangat menjijikkan. Lain
yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara, lain pula yang mereka ceritakan kepada
rakyat Malaysia.
Begitu juga dengan Lynas. Projek yang diketahui sebagai
projek bukan nuklear, digambarkan sebaliknya. Pakatan Rakyat cuba menggambarkan
kilang Lynas di Gebeng Kuantan seperti sebuah loji nuklear yang akan bocor dan
menyebarkan radiasi pada sebarang masa. Sedangkan hakikatnya, kilang Lynas di
Gebeng jauh lebih selamat berbanding kilang amang kroni DAP di Perak. Bahkan
kewujudan kilang Lynas di Gebeng akan menaikkan serta merancakkan ekonomi
setempat.
Pembangkang di Malaysia iaitu Pakatan Rakyat dilihat amat
keterlaluan dalam banyak perkara. Apabila kepincangan mereka sendiri
didedahkan, mereka tidak akan mengaku sebaliknya menyatakan semua itu hanyalah
konspirasi UMNO semata-mata. Tetapi untuk UMNO-BN, mereka sanggup mencipta
pelbagai cerita yang tidak masuk akal semata-mata untuk membenarkan tuduhan yang
dibuat.
Justeru, agak menghairankan apabila Kit Siang terus memperkatakan
tentang UMNO yang sudah sampai ke penghujung hayat, padahal rakyat Malaysia
dapat melihat bagaimana DAP terpaksa bergelut untuk kembali mendapatkan
sokongan majoriti kaum Melayu setelah DAP menganggap Melayu sebagai kelas kedua
yang tolol dan bodoh!
UMNO semakin ke penghujung hayat?
Yang sebenarnya, Pakatan Rakyat yang bakal berkubur selesai sahaja
PRU13, terutama dengan perkembangan terkini!!!
No comments:
Post a Comment