Thursday 29 May 2014

SIAPA Dyana Sofya

Nama penuhnya Dyana Sofya Mohd Daud, berusia 27 tahun..

Keluarganya, terutama ibunya ialah bekas orang kuat Wanita UMNO di Perak. Kerana kecewa dalam UMNO dia menjadi penyokong DAP. Anaknya, Dyana Sofya kini ialah Setiausaha Politik Melayu kepada Penasihat DAP yg juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang. Angin-angin bertiup mengatakan Dyana Sofya akan dicalonkan bertanding atas tiket DAP di PRK Parlimen Teluk Intan.

"Dia tulah Dyana Sofya akan menjadi calon DAP di Teluk Intan," bisik seorang kawan kepada saya semasa majlis makan malam meraikan Ku Li malam kelmarin. Dyana Sofya hadir ke majlis itu bersama-sama ibunya, Yammy Samat.

Saya tidak sempat bertemu de-ngan Dyana Sofya mahupun ibunya pada malam itu untuk mengesahkan dengan tuan tubuh sendiri. Awal tahun 2012, siswazah undang-undang dari UITM itu mencuri tumpuan ramai apabila kemasukannya ke dalam DAP diumumkan KKit Siang sendiri pada satu sidang media khas.

Dalam wawancara Malaysiakini bertajuk "Dyana, dari keluarga UMNO kepada bintang DAP", portal itu menulis: Mengimbau Kembali Pengalamannya di UITM, Dyana berpendirian satu institusi pengajian tinggi awam seperti UITM perlu diwujudkan untuk orang bukan Melayu.

Apa pun kita tunggu benarkah goyangan pokok-pokok oleh khabar angin itu.

Jika benar, adakah BN akan tetap meletak calon dari MCA atau calaon Melayu????

No comments:

Post a Comment