Friday, 11 January 2013

TERKINI KL 112!!! Sekitar Masjid Negara sudah penuh, menunggu masa bergerak ke Stadium Merdeka

 

 

terkini , sekitar Masjid negara

BERIKUT perkembangan menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan berlangsung petang ini di Stadium Merdeka. Peserta perhimpunan mula membanjiri lapan lokasi di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

9.30 pagi: Kawasan tepi jalan Kelab Sultan Sulaiman, sudah ada beberapa gerai yang dibuka menjua kemeja-T dan mafla perhimpunan serta menjual makanan
9.27 pagi: Kawasan Kelab Sultan Sulaiman masih sunyi. Dua anggota polis berseragam kelihatan di pekarangan kelab tersebut
9.15 pagi: Ketua AMK Selangor, Aznizam Zaman Huri, peserta dalam lingkungan 50 orang memakai pakaian biru, kuning, hijau di kawasan berhampiran bangunan Amcorp di Petaling Jaya iaitu tidak jauh dari stesen LRT


9.08 pagi: Hampir 40 anggota Unit Amal tiba di kawasan KL Sentral
9 pagi: Anggaran kira-kira 50 orang perserta sedang menikmati sarapan pagi di medan selera di KL Sentral
9.40 pagi: Di pekarangan Masjid Negara, kira-kira 5,000 peserta berkumpul
Pukul 10 pagi peserta akan mula bergerak ke check point seterusnya iaitu Universiti Malaysia (UM) dan seterusnya. Difahamkan kumpulan ini akan akan berjalan kira-kira 9 KM ke check poit seterusnya. Perjalanan ini dikatakan akan diawasi oleh pihak polis.
9.50 pagi: Ketua AMK Selangor Azmizam Zaman Huri meminta peserta jangan terlibat dengan provokasi.
9.48 pagi: Pegawai polis yang bertugas meninjau gerai jualan yang dibuka di tepi jalan sekitar Kelab Sultan Sulaiman. Setakat ini tiada ura-ura akan berlaku sebarang pergerakan. Malah kelibat pemimpin yang bakal mengetuai kumpulan ini juga masih belum kelihatan
9.45 pagi: Di Masjid Negara, peserta mula bergerak
9.42 pagi: Hampir 400 peserta termasuk beberapa kumpulan kecil, terdiri daripada lima hingga enam orang berlegar-legar di KL Sentral.




Kuala Lumpur kini bergegar lagi!

Setakat jam 8.40 pagi tadi, puluhan ribu sudah berada di beberapa lokasi utama bagi menjayakan Himpunan Kebangkitan Rakyat!

Antara lokasi paling mencuri tumpuan adalah di Masjid Negara yang ketika ini dianggarkan sudah 160 buah bas diletakkan di sepanjang jalan sekitar masjid tersebut sejak awal pagi tadi.

Kebanyakkannya datang dari negeri sebelah utara iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perak manakala Masjid Wilayah Persekutuan pula menjadi lokasi utama peserta dari pantai timur.



 

Selain itu Dataran Merdeka yang laluan utama sudah ditutup sejak dua hari lalu dikhabarkan agak lengang tetapi peserta sudah mula kelihatan ribuan berkumpul terutamanya di Stesen LRT Masjid Jamek dan kawasan sekitar sehingga Pasar Seni (Central Market).

Stadium Merdeka yang menjadi lokasi utama perhimpunan sudah dikawal ketat anggota polis dan dijangka kehadiran akan mencecah ribuan dalam masa setengah jam lagi.



 

Di Universiti Malaya, atau lebih tepat di Masjid Ar-Rahman, mahasiswa yang memakai baju tema berwarna putih sudah mula berkumpul sejak Subuh tadi dan menunggu ketibaan Naib Presiden KEADILAN yang juga ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah mengetuai perarakan ke Stadium Merdeka.

Menurut satu mesej di Twitter milik PDRM, tiada sekatan jalan raya dibuat sekitar ibu kota namun anggota polis trafik ditempatkan sekitar persimpangan utama di KLCC, Jalan Sultan dan Jalan Tan Cheng Lock.



 

Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali kini berada di Wisma Yakin, Masjid India dan akan bergerak ke Masjid Negara sebentar lagi.

Sementara itu, menurut satu laporan, lebih 50 anggota polis Cawangan Khas (SB) kini berada di ibu pejabat polis (IPD) Dang Wangi bagi mendengar taklimat namun butir maklumat masih belum diperolehi.

Peserta yang mahu ke Stadium Merdeka masih boleh berbuat demikian dinasihat keluar awal dan menggunakan pengangkutan awam seperti LRT yang masih lagi berhenti di stesen utama seperti Masjid Jamek, Hang Tuah dan Plaza Rakyat manakala perkhidmatan monorel masih berhenti di stesen Maharajalela untuk ke Stadium Merdeka dari stesen KL Sentral.

Sebentar tadi, skuad bom PDRM meneliti sebuah basikal yang dipercayai dimuatkan dengan bom sebagai 'provokasi' namun peserta yang berada di sekitar KLCC itu tidak menghiraukan tugas mereka.

Jalan utama menuju ke pusat bandaraya dikhabarkan sesak sejak jam 7 pagi tadi dari arah Gombak, Sungai Besi dan Jalan Duta manakala pusat trafik ITIS meramalkan keadaan itu akan menjadi lebih sesak dua jam dari sekarang.

No comments:

Post a Comment