Friday, 27 April 2012

TOLAK AMBIGA=TOLAK MUSUH ISLAM=TOLAK BERSIH 3.0
Dia Adalah Musuh Islam. Kenapa Perlu Kita Bersekongkol Dengan Musuh Islam??????


Siapa AMBIGA????


a.   Pejuang kebebasan beragama di Malaysia.

b.   Memutarbelitkan terjemahan Artikel 121(1A) Perlembagaan Malaysia dengan mengatakan Perlembagaan tidak menghalang orang Islam Malaysia daripada kesamarataan dan kebebasan memilih agama.

c.   Beliau adalah peguam yang mewakili Lina Joy (seorang wanita yang asalnya beragama Islam tetapi telah murtad) dalam memperjuangkan 'haknya' menukar agama. Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.

d.   Beliau adalah bekas Presiden Majlis Peguam yang bertanggungjawab menuntut perlaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

e.   Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.

f.   Bar Council pimpinan Ambiga juga menjadi dalang risalah perlembagaanku yang mahu menyisihkan hakk orang Melayu dan menafikan Islam sebagai agama persekutuan.

g.   Beliau adalah penyokong gerakan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transekssual)










No comments:

Post a Comment