Thursday, 9 May 2013

BANGSA CINA MUDAH LUPA!!!!!!!



PADA tahun 1989, sekumpulan besar pelajar Universiti di Beijing mengadakan perhimpunan menuntut demokrasi di Medan Tiananmen. 

Perhimpunan yang bermula aman, akhirnya berakhir dengan tragedi apabila Tentera China menyerbu medan tersebut dan menyebabkan ribuan peserta demonstrasi terbunuh atau hilang tanpa dikesan. 

Itu harga ‘demokrasi’ di negara komunis seperti China. 24 tahun kemudian, demokrasi masih lagi tidak terlaksana di China walaupun sedikit bahagian negara tersebut dibuka untuk perdagangan bebas yang sebelum itu diharamkan. Itupun tidak banyak, Shanghai, Beijing sendiri dan beberapa kawasan lain. 

Tapi moral ceritanya disini, rakyat negara ini tidak perlu menempuh halangan dan cabaran seperti yang dialami oleh rakyat China pada 1989 dalam menuntut demokrasi, termasuklah kelompok masyarakat Cina yang baru-baru ini membuktikan bahawa mereka menolak kerajaan BN apabila memberi 97% undi mereka kepada parti-parti pembangkang seperti DAP dalam pilihanraya umum yang baru tamat. 

Memang itu hak masyarakat Cina untuk mengundi siapa pun yang mereka suka, kita tidak nafikan. 

Begitu juga hak kerajaan BN untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada kumpulan masyarakat yang memberikan undi terbanyak kepada kerajaan ini. 

Bagaimanapun penulis yakin, sebagai sebuah kerajaan yang adil, BN akan tetap memberikan khidmat terbaik kepada orang Cina, tapi dengan suara pemimpin Cina dalam kerajaan yang semakin berkurangan, tidak banyak yang boleh dilakukan untuk membantu masyarakat tersebut. 

Tak bolehlah nak menyalahkan kerajaan BN, kerana itu pilihan masyarakat Cina sendiri untuk tidak menyokong kerajaan dan meletakkan pemimpin mereka di situ. 

Tapi untuk berkata kerajaan BN menekan orang Cina dalam bidang ekonomi dan pendidikan, itu adalah satu tanggapan yang salah dan meleset. 

Jangan hanya kerana DAP kata macam itu, semua orang percaya tanpa memeriksa faktanya terlebih dahulu. 

Agak pelik juga bila bila DAP mendakwa masyarakat Cina di negara ini dikatakan ditekan dari segi ekonomi, sedangkan hakikatnya, 8 dari 10 orang terkaya di negara ini adalah terdiri dari orang Cina sendiri!! 

Kalau kita cakap dengan orang luar mungkin mereka tidak percaya, tapi inilah hakikatnya. Semua ini berlaku di bawah pentadbiran BN dan Malaysia yang majoritinya dihuni orang Melayu!! 

Begitu juga dari segi pendidikan, sebesar-besar ruang telah diberi kepada orang Cina untuk mempraktikkan bahasa ibunda mereka sendiri dalam sekolah aliran jenis kebangsaan – polisi yang tidak boleh dijumpai dalam mana-mana negara di dunia. 

Soal kebanyakan sekolah-sekolah ini tidak menerima bantuan penuh kerajaan, itu apa pula nak disalahkan kepada BN? 

Pilihan masyarakat Cina untuk menguruskan sekolah-sekolah ini oleh lembaga pengurus yang dikendalikan mereka sendiri. 

Justeru, sementara kita menghormati hak orang Cina untuk membuat pilihan selari dengan sistem demokrasi negara kita, mereka juga wajar merenung kembali dakyah salah yang ditanam DAP dengan dibantu akhbar-akhbar cina di negara ini.

Perak Today

No comments:

Post a Comment