Pengarah Stategik PKR
Letak Jawatan
Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli telah
meletak jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi
Negeri Selangor pada 21 Jun 2012. Rafizi telah memegang jawatan tersebut sejak
tahun 2009, semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik memegang jawatan sebagai
Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.
Menurut Rafizi dalam halaman sosial twitternya, dia telah
meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif berkuatkuasa hari ini. Sebarang
persoalan berkaitan perletakan tersebut tidak ada kene mengena dengan mana-mana
pihak.
“Perletakan jawatan tersebut, adalah merupakan perletakan
jawatan biasa kerana saya mahu berehat, terlalu banyak jawatan yang saya
pegang, dan saya akan member tumpuan pada ibadah memandangkan bulan Ramadhan
yang hamper menjelang,” katanya.
“ Saya tidak pernah memegang sesuatu jawatan lebih dari 2
tahun. Apabila sudah cukup 2 tahun, saya akan melepaskan jawatan tersebut dan
bergerak ke hadapan. Perletakan jawatannya tidak ada sebarang kaitan dengan
politik atau hasutan,” kata dalam halaman twitter.
Walau bagaimanapun, Setiausaha Politik Kerajaan Negeri
Selangor, Faekah binti Hj Husin memaklumkan dia tidak menerima sebarang surat
perletakan jawatan Rafizi Ramli.
No comments:
Post a Comment